Posts

Showing posts from October, 2011

Carilah Redha Suamimu, Wahai Para Isteri..

Image
Imam Nawawi Al-Bantani (Al-Jawi) pernah menuliskan keagungan Fathimah Az-Zahra ketika berbicara masalah hak dan kewajiban suami isteri. Isteri solehah dijamin syurga Suatu hari Rasulullah saw menjenguk Az-Zahra. Ketika itu ia sedang membuat tepung dengan alat penggiling sambil menangis. “Kenapa menangis, Fatimah?” tanya Rasulullah, “Mudah-mudahan Allah tidak membuat matamu menangis lagi.” “Ayah,” Fatimah menjawab, “Aku menangis kerana batu penggiling ini, dan lagi aku hanya menangisi kesibukanku yang silih berganti.” Rasulullah saw kemudian mengambil tempat duduk di sisinya. Fatimah berkata, “Ayah, demi kemuliaanmu, mintakan kepada Ali supaya membelikan seorang budak untuk membantu pekerjaan-pekerjaanku membuat tepung dan menyelesaikan pekerjaan rumah.” Setelah mendengar perkataan puterinya, Rasulullah bangkit dari tempat duduknya dan berjalan menuju tempat penggilingan. Beliau memungut segenggam biji-bijian gandum dimasukkan ke penggilingan. Dengan membaca...

Doa Mudah Bersalin Dan Kesejahteraan Anak Dalam Kandungan...

Image
اللَّهُمَّ احْفَظْ وَ لَدِيْ مَادَامَا فِيْ بَطْنِيْ وَاشْفِهِ وَأنْتَ شَافٍ لاَ شِفَاءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَ لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا. اللَّهُمَّ صَوِّرْ فِيْ بَطْنِيْ صُوْرَةً حَسَنَةً وَثَبِّتْ قَلْبَهُ إِيْـمَانًا بِكً وَبِرَسُوْلِكَ. اللَّهُمَّ أَخْرِجْهُ مِنْ بَطْنِيْ وَقْتَ وِلاَدَتِيْ سَهْلاً وَتَسْلِيْمًا. اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ صَحِيْحًا كَامِلاً وَعَاقِلاً حَاذِقًا عَالِـمًا عَامِلاً. اللَّهُمَّ طَوِّلْ عُمْرَهُ وَصَحِّحْ جَسَدَهُ وَحَسِّنْ خَلْقَهُ وَأفْصِحْ لِسَانَهُ وَأحْسِنْ صَوْتَهُ لِقِرَاءَةِ الْقُرْآنِ وَالْحَدِيْثِ بِبَرَكَةِ مُحَمَّدٍ صلى الله عليه وَسَلَّمَ . وَالْحَمْدُلِهِرَ رَبِّ الْعَالَـمِيْنَ Ya Allah.. Peliharalah anakku selama ia berada di dalam kandunganku dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penawar melainkan penawar-Mu, penawar yang tidak meninggalkan penyakit.. Ya Allah.. Engkau perelokkanlah kejadiannya yang sempurna dan tetapkanlah hatinya agar beriman kepada-Mu dan kepada Rasul-Mu.   Ya Alla...

Di SyurgaMu Adalah Lebih Indah..

Image
Merenung kembali.. Menimbulkan pelbagai rasa.. Terlalu dhaif untuk mengerti tujuan dilahirkan kedunia.. Lantas pelbagai tindakan mengundang pertanyaan..   Mengapa begitu.. dan mengapa begini..   Tuhan mencintaiku..   Maka diberikan ujian yang tidak seberat mana.. Jika dibandingkan dengan ujian kekasihMu, Ya Allah.. Sengaja memberi alasan kerananya aku menjadi begitu.. Hakikatnya, khilaf yang dibutakan oleh mata.. Ampuni hambaMu, Ya Allah..   Tuhan masih mencintaiku..   Makanya, kebenaran menjelma.. Insan tidaklah sesempurna mana.. Cuma perlu berusaha untuk kearah kesempurnaan..   Akal, jasad, roh dan emosi dipandu sebaiknya..   Pasti bahagia mendatang.. Bukan sahaja bahagia di dunia.. Bahkan..   DisyurgaMu adalah lebih indah..