Pages

Monday, February 28

Amalan Minum Air Panas..


Serangan Jantung dan Amalan Minum Air Panas ....

Artikel ini berguna untuk semua.
 
Bukan sahaja amalan meminum air panas selepas makan, tetapi berhubung SERANGAN JANTUNG!!!!

Secara logik, mungkin ada kebenarannya. . Orang-orang China dan Jepun mengamalkan minum teh panas sewaktu makan... dan bukannya air berAIS.  Mungkin sudah tiba masanya kita meniru amalan minum air panas sewaktu menikmati hidangan!!!!

Kita tidak akan kehilangan apa-apa... malah akan mendapat faedah dari amalan ini.

Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca.  Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan.
 
Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita. Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan  menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan  menuju  ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT.Jalan terbaik...adalah untuk minum sup panas atau air PANAS /suam selepas makan.
 
 :Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!!

Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri.
 
Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda.
 
Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada serangan pertama  serangan jantung.
 
Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa.  Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur.  Marilah kita berwaspada dan berhati-hati.

Saturday, February 19

Gizi Seimbang...

Untuk menjaga kesihatan tubuh kita, pengambilan gizi yang seimbang adalah sangat diperlukan. Entri kali ini, saya sentuh berkenaan gizi pemakanan yang seimbang. Semoga bermanfaat.
Pola makan yang tidak baik adalah dengan mengambil makanan berikut dengan jumlah yang banyak seperti makanan tinggi lemak, tinggi garam, tinggi gula tetapi rendah serat dan vitamin. Contoh  makanan di dalam kategori tersebut adalah ayam goreng, daging burger, kentang goreng, sate kambing dan sebagainya yang berkaitan. Ini kerana makanan tersebut dikhuatiri mudah diserang jantung koroner, gagal ginjal, hipertensi, diabetes dan lain-lain.
Gizi seimbang adalah pola pemakanan yang seimbang antara zat gizi yang diperoleh dari aneka makanan yang memenuhi keperluan zat gizi untuk hidup sihat, cerdas dan produktif.

Pola pemakanan sehari-hari adalah terdiri daripada: 
1. makanan pokok sumber karbohidrat / klori
2. lauk pauk sumber protein
3. sayur-sayuran sumber vitamin dan mineral
4. buah-buahan sumber vitamin dan mineral
5. susu sumber lemak, kalsium dan protein

Panduan Gizi Seimbang
1. Makanlah aneka ragam makanan setiap hari yang terdiri daripada kelompok pola makanan di atas
2. Makanlah makanan untuk memenuhi kecukupan energi
3. Makanlah makanan sumber karbohidrat setengah daripada keperluan energi
4. Bataskan pengambilan lemak dan minyak sehingga 25 % daripada keperluan energi
5. Gunakan garam beryodium
6. Makanlah makanan sumber zat besi seperti hati, kuning telur, daging, kekacang, dan sayuran berdaun hijau. Zat besi ini adalah salah satu unsur penting dalam pembentukan sel darah merah. 
7. Biasakan sarapan pagi untuk memelihara ketahanan fizik dan meningkatkan produktiviti kerja.
8. Minumlah air yang bersih dan cukup jumlahnya setiap hari. Air diperlukan oleh tubuh untuk mengatur keseimbangan cairan dan garam mineral, mengatur suhu tubuh dan melancarkan proses buang air besar dan kecil. Jumlah air yang diperlukan oleh tubuh adalah sekitar 6 - 8 gelas setiap hari.
9. Lakukan aktiviti fizik secara teratur untuk meningkatkan kesegaran, meningkatkan fungsi jantung dan melambatkan penuaan
10. Hindari minuman beralkohol
11. Makanlah makanan yang dijamin bersih
12. Baca label pada makanan

Semoga entri ini bermanfaat dan selamat mengamalkan pengambilan gizi yang seimbang.
 


Friday, February 18

Kuseru Nur Kasih..



7


Keluaran: PTS Litera
Novelis: Noorfadzillah Omar

Sinopsis:
Ya Rabbi, benarkah cinta sesama insan itu mensyaratkan kesempurnaan fizikal. Kesempurnaan seorang Hawa. Kesempurnaan sifat mulia. Bagaikan Khadijah di mata Rasulullah. Ibarat kasih sayang Fatimah Az-Zahra. Berikanlah aku petunjuk-Mu. Suburkanlah jua cintaku pada-Mu. Abadikanlah kasih-Mu di jiwaku.

Yasmin gadis kampung yang teguh imannya berhijrah ke bandar kerana cita-cita. Jiwanya yang sensitif dan merendah diri bagai ditiup dengan kata azimat apabila Yusri Erdhan muncul. Amylea bekas tunangan Yusri hadir dan membuat onar. Namun, Tuhan lebih tahu apa yang lebih baik untuk hamba-Nya.

Thursday, February 17

Manfaat Daun Bawang..


Entri kali ni, adalah tentang kesihatan iaitu manfaat dari daun bawang.. daun bawang ni bukan saja dimasukkan dalam masakan sup, tetapi ada juga yang menjadikan daun bawang sebagai ulam.. jom kita baca manfaat daun bawang kepada kesihatan..

Daun bawang yang merupakan tanaman semusim ini termasuk dalam spesies spermatophyte. Pohonnya tumbuh sekitar 60-70 c.

Kandungan dan sifat
Daun dan umbi daun bawang mengandung saponin, tanin serta daunnya juga mengandungi minyak atsiri. Berkhasiat diuretic, diaforetik dan antiradang. Kegunaan daun bawang antara lain adalah seperti berikut.

1. Perut kembung
Cuci sekitar 15 gr bawang daun segar, potong-potong seperlunya. Rebus dengan 2 gelas air selama 15 minit sampai air tinggal 1 gelas. Dinginkan, tapis, lalu diminum.

2. Sesak napas kerana selsema
Masukkan rajangan daun bawang mentah ke dalam wadah dan campur dengan air panas. Kemudian hiruplah wapnya. Lakukan hal ini beberapa kali sampai hidung terasa lega.

3. Bengkak dan bisul
Ambil beberapa helai daun bawang, campur dengan sedikit air, ramas-ramas sampai lembut. Tempelkan remasan itu pada bisul atau bahagian tubuh yang bengkak.

4. Gigitan serangga
Potong daun bawang, gunakan sebagai ubat luar yang ditempelkan pada bahagian tubuh yang disengat lebah, gigitan serangga atau gatal berbintik-bintik merah.

5. Batuk & selsema
Buatlah jus dari 4 helai bawang daun ukuran besar ditambah 1 liter air panas. Tapis, lalu minumlah.

6. Sengal sendi
Seduhlah kulit luar bawang daun yang sudah dibersihkan secukupnya. Buatlah semacam teh hangat yang akan memperbaiki sirkulasi darah, khususnya untuk yang sengal sendi.

InshaAllah - Versi Bahasa Melayu (Maher Zain)



Jom kita dengar lagu InshaAllah versi Melayu dari Maher Zain.. :) 

Andainya..
Kau rasa tak berupaya..
Hidup sendirian tiada pembela..
Segalanya suram bagai malam yang kelam..
Tiada bantuan, tiada tujuan..
Jangan berputus asa.. Kerana Allah bersamamu..
InshaAllah..3x.. Ada jalannya.. (2x)

Andainya..
Kesalmu berulang lagi..
Bagai tiada ruang untuk kembali..
Tika keliru atas kesilapan lalu..
Membelenggu hati dan fikiranmu..
Janganlah berputus asa.. Kerana Allah bersamamu…
InshaAllah..3x Ada jalannya... (2x)

Kembalilah kepada Yang Esa..
Yakin padanya panjatkanlah doa..
Ya Allah..
Pimpin daku dari tersasar..
Tunjukkan daku ke jalan yang benar..
Jalan yang benar..3x
InshaAllah..3x.. Ada jalannya.. (6x)



Siapa Suka Makan Pedas..?



Ehem.. ehem.. siapa suka makan pedas ya..? Saya, saya suka makan pedas.. :) rupa-rupanya makan makanan pedas ni ada kebaikannya.. nak tahu apa manfaatnya..? jom kita baca entri di bawah ni..

Makanan pedas tak selalu diertikan sebagai makanan yang diolah dengan cili. Rasa pedas juga boleh didapatkan dari merica, lada hitam, kunyit, dan pelbagai bumbu dapur lain. Anda yang menyukai makanan pedas boleh merasa senang, kerana rasa pedas ini mempunyai banyak manfaat kesihatan. Misalnya, seperti telah sering disebutkan sebelumnya, makanan pedas boleh menguruskan badan. Namun itu hanya salah satu contohnya saja. Cuba lihat manfaat lain yang belum anda ketahui.

1. Menurunkan berat badan

Menurunkan berat badan. Siapapun pasti setuju, makanan apapun yang diberi sambal pasti akan lebih menggugah selera. Bila anda mahu, makanan diet anda pun boleh diberi sambal. Kalau hal ini boleh membuat anda tertib menyantap makanan sihat dengan lebih berselera, kenapa tidak? Lagi pula, rasa pedas itu boleh meningkatkan metabolisme anda. Kajian menunjukkan bahawa senyawa utama dalam cili, iaitu kapsaisin, memiliki kesan termogenik yang boleh menyebabkan tubuh membakar kalori saat mengunyah selama 20 minit.


2. Menyihatkan jantung

Menyihatkan jantung. Hasil kajian juga menunjukkan, budaya mengonsumsi makanan pedas menyebabkan insiden serangan jantung dan stroke yang lebih rendah. Alasannya, cili merah boleh mengurangi kesan merosak dari kolesterol jahat, sedangkan kapsaisin boleh melawan peradangan. Keduanya merupakan faktor risiko untuk masalah jantung.


3. Mencegah Kanser

Mencegah kanser. Menurut American Association for Cancer Research, kapsaisin juga memiliki kemampuan membunuh beberapa sel kanser dan leukimia. Sedangkan kunyit, yang dijadikan bumbu kari dan mustar, boleh memperlambat penyebaran kanser dan pertumbuhan tumor. Bila ingin memberikan hasil maksima, kombinasikan dengan lada hitam untuk menyerap kunyit 2.000 persen lebih banyak.


4. Menurunkan Tekanan Darah

Menurunkan tekanan darah. Vitamin A dan C mampu menguatkan dinding otot jantung, sementara panas dari lada meningkatkan aliran darah ke seluruh tubuh. Kombinasi hal ini boleh menghasilkan sistem kardiovaskular yang lebih kuat.


5. Mengurangi Stress

Mengurangi stress. Makanan pedas meningkatkan produksi hormon yang memberikan rasa menyenangkan, seperti serotonin. Hasilnya, makanan ini membantu mengusir depresi dan stress.



Wednesday, February 16

Kemana Menghilangnya Kasih Sayang..?



Assalamualaikum wbt..

Saya datang lagi ke laman blog ini dengan menulis entri yang baru untuk diselitkan dalam Diari Ayu Umairah.. ke mana menghilangnya kasih sayang.. kepada siapa..? Allah? Rasulullah saw..? ibu bapa..? Suami isteri..? haiwan..? setiap insan di dunia pasti ini dikurniakan kasih sayang di hatinya oleh Maha Pencipta..tidak kiralah mereka itu percaya kepada tuhan apa sekalipun.. kasih sayang tetap ada..

Tapi, di akhir zaman ini, terlalu banyak yang kita lihat menghilangnya kasih sayang.. sama ada kepada Allah, Rasulullah, sesama manusia dan haiwan.. ramai yang tahu Allah itu ada tapi masih meninggalkan suruhanNya.. ramai yang kata mengasihi Rasulullah, tapi masih tidak mengamalkan sunnah baginda.. apalagi tindak tanduk kita kepada sesama manusia dan haiwan..

Pendorong saya untuk menulis entri ini apabila melihat kasih sayang antara haiwan.. haiwan yang tidak dikurniakan akal oleh Allah, masih memiliki sifat kasih sayang kepada ibu atau anaknya.. betapa hebat kasih sayang antara haiwan ini, tetapi lebih hebat lagi Pencipta kasih sayang tersebut.. Subhanallah...




Gambar ni diambil ketika berada di P.L.A.A, Pantai Sepat.. ibu lembu ni cari anaknya yang ketinggalan jauh dalam kumpulan.. hebat.. lembu juga tahu mengasihi anak.. tersentuh juga hati bila tengok.. akhirnya jumpa.. :')..

Pemergianmu, Rasulullah saw...

Salam Maulidur Rasul buat semua.. hayatilah lagu nyanyian kumpulan InTeam ini..


(Ya Rasulallah...)
Kau masih tersenyum mengubat lara
Selindung derita yang kau rasa
Senyuman yang mententeramkan
Setiap insan yang kebimbangan
Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita
Di pangkuan isterimu Humaira
Menunggu saat ketikanya
Diangkat rohmu bertemu Yang Esa
Tangan dicelup di bejana air
Kau sapu di muka mengurangkan pedih
Beralun zikir menutur kasih
Pada umat dan akhirat
Dan tibalah waktu ajal bertamu
Penuh ketenangan jiwamu berlalu
Linangan air mata syahdu
Iringi pemergianmu
Oh sukarnya untuk umat menerima
Bahkan payah untuk Umar mempercaya
Tetapi iman merelakan jua
Bahawa manusia ?kan mati akhirnya
Tak terlafaz kata mengungkap hiba
Gerhanalah seluruh semesta
Walaupun kau telah tiada
Bersemarak cintamu selamanya
Ya Rasulallah
Kau tinggalkan kami warisan yang abadi
Dan bersaksilah sesungguhnya
Kami merinduimu ..



KHUTBAH TERAKHIR RASULULLAH SAW..
dipetik dari JAKIM

Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah, tahun 10 Hijriah di Lembah Uranah, Gunung Arafah 

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.

Sunday, February 13

Kuantan - Kuala Lumpur - Kuantan..


dalam perjalanan ke Kuantan, jam 12.00 am

 

singgah di Tol Gombak :)



sampai di Kuantan jam 4.00 am..


Kesetiaanku Hanya Untukmu..


6


"hati dan rindu ini hanya satu.. dan yang satu itu kuserahkan untukmu "

Keluaran: NSCR
Novelis: Juriah Ishak

Izani, mendambakan kasih keluarga namun dia tersisih dari perhatian mereka. Walaupun berkebolehan dalam akademiknya, namun dek kemiskinan yang menjerut, dia terpaksa melepaskan cita-cita. 

Perkenalan dengan Anwar merupakan titik perubahan dalam hidupnya. Dia hampir diperkosa. Dek merasakan dirinya sudah tidak berguna, Izani bertindak melarikan diri ke Kuala Lumpur. Sementelah lagi Izad, lelaki yang dicintainya akan berkahwin dengan Hajar.

Kehidupan ini memang aneh. Kita tidak pernah menjangkakan sesuatu yang mendatangi hidup ini. Begitulah juga dengan Izani. Dia tidak pernah mengimpikan mahligai yang dibina, sengsara bak neraka. Bukankah wanita datangnya dari tulang rusuk lelaki yang bengkok? Namun apabila peribadi suaminya sendiri tidak terpelihara, bagaimanakah Izani dapat mengharungi dunia ini? Bertimpa-timpa kesedihan yang mendatangi hidupnya sehingga Izani tidak betah bernafas.


Saturday, February 12

Kasih Dihujung Rindu..


5


"adakah cinta ini satu kesilapan?"


Keluaran: NSCR
Novelis: Suria Shafie

Farah dan Khairul bertemu kembali selepas beberapa tahun terputus hubungan. Namun, tika itu Khairul sudah bergelar duda anak dua selepas kematian isterinya, Linda. Pertemuan itu menyemarakkan kembali bibit-bibit cinta yang pernah bercambah dihati Farah.Malah, hatinya turut pilu mengenangkan anak-anak Khairul yang ketandusan kasih sayang seorang ibu.

Mereka akhirnya berkahwin, tetapi keputusannya mengahwini Khairul dirasakan tidak tepat kerana lelaki itu masih dibayangi memori indahnya bersama Linda. Farah tetap bersabar dan berusaha mempertahankan perkahwinannya itu.

Namun begitu, hanya kerana fitnah oleh ibu mertua yang tidak merestui perkahwinan mereka, Farah diusir keluar oleh Khairul. Tika itu Khairul tidak mengetahui bahawa Farah sedang hamil.

Pada saat cinta mereka kian bersatu, Farah telah kembali kepadaNya dengan meninggalkan sebutir permata yang tidak ternilai harganya.



Wednesday, February 9

Quran Saintifik..



4

Buku ini dibeli pada 25 Januari 2008, selepas mendengar ceramah daripada penulisnya iaitu Dr. Danial Zainal Abidin.. ceramah bertajuk Quran Saintifik ni disampaikan oleh beliau di Universiti Utara Malaysia.. masa tu saya di tahun 3, semester 6.. tak silap saya ceramah tu dibuat di DKG 3.. sangat menarik cara penyampaiannya apalagi berkenaan kebenaran dan mukjizat Al-Quran..


Keluaran: PTS Millennia Sdn Bhd

Meneroka Kecemerlangan Quran Daripada Teropong Sains..


Tuesday, February 8

Panduan Beramal Ibadah..



3

rasa tersangat sayang buku ni sebab ada sentimental value.. buku ni sebenarnya hak milik arwah ayahanda yang telah dibeli oleh arwah pada 22 April tahun 2000..sekarang menjadi milik saya, tetapi suatu hari sekiranya saya juga telah dijemput Ilahi, semoga buku ini berguna untuk yang masih ada..semoga Allah cucurkan rahmat dan kasih sayangNya buat arwah ayahanda dan bonda.. aamiin..


Tajuk Buku: Panduan Beramal Ibadah
Keluaran: Darul Nu'Man

Buku ini merupakan panduan ringkas namun meliputi fadhilat dan kaifiat dalam mengerjakan lebih 50 jenis ibadah sunat dan wajib, disamping 40 doa pilihan yang menjadi warisan mulia dan unggul Rasulullah saw untuk dihayati dan diamalkan oleh umat Islam.

Membimbing adab-adab beribadah, tahlil, wirid serta zikir-zikir dan selawat Nabi. Disertai 16 jenis solat sunat seperti Rawatib, Tahajjud, Tasbih, Hajat, Tarawih, Witir, Isyraq, Dhuha, AidilAdha, dan lain-lain serta Solat Jenazah.

Dilengkapkan dengan ibadah puasa sunat seperti puasa sunat Rejab, Sya'ban, Syawwal, Zulhijjah dan Muharram. Kemudian disertai adab-adab membaca Al-Quran dan fadhilat membaca surah-surah pilihan sujud tilawah dan sebagainya. Semoga ada manfaatnya, InshaAllah.


Sunday, February 6

Makanan Mengurangkan Kolestrol..



Berikut ini disenaraikan 10 jenis makanan yang boleh mengurangkan kolestrol. Lepas-lepas ni, bolehlah perbanyakkan memakan makanan yang sepeti ini.


1. SOYA
Kacang soya merupakan makanan popular yg diproses untk mendapatkan Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian.Ia juga dpt menghidarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya kalsium & Mineral yg membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL)


2. KUACI
Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dgn zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.


3. BUAH KERING
Antar pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko sserangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam the, brokoli, tomato, bawang serta delima.


4. EPAL
Memakan sebiji epal @ meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yg memakan makanan segera dankemudian memakan epal @ minum jusnya, sebenarnya menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku lemak dlm badan.


5. IKAN TUNA
Termasuk sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.


6. KACANG TANAH
Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.


7. MANGGA
Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedodong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol LDL dlm tubuh.


8. KISMIS
Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol. Sesiap yg mengamalkan diet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dlm darah sebanyak 8%.


9. OAT
Lebih daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda.


10. JAMBU BATU
Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg sesuai.


Berkorban Apa Saja..


Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia

Kepentingan sendiri
Tidak diingini
Bahagia kekasih
Saja yang diharapi

Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia
hmm... hmm... hmm...

Untuk menjadi bukti
Kasih yang sejati
Itulah tandanya
Jika mahu diuji

Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia


 
pregnancy

Sedang Online

widget