Thursday, January 12

Selamat Datang Nik Muhammad Wajihuddin...


Assalamualaikum wbt..

Disember 2011.. menanti saat-saat bergelar seorang ibu.. Alhamdulillah.. segala puji bagi Allah, saya selamat melahirkan seorang baby lelaki pada 16 Disember 2011, jam 5.59am (ketika Subuh).. di HTAA, Kuantan.. baby lelaki ni diberi nama Nik Muhammad Wajihuddin bin Nik Mohd Azam.. dan sekarang baby Wajihuddin dah pun berusia hampir 1 bulan..


Mengimbas kembali saat-saat melahirkan baby Wajihuddin, suatu kenangan yang memang tidak akan dapat dilupakan seumur hidup.. segala perasaan bercampur baur.. Alhamdulillah, sepanjang proses bersalin, suami sentiasa berada di sisi memberi kata-kata semangat supaya sentiasa mengingati Allah..setiap kesakitan itu, adalah penghapus dosa..  itulah yang menguatkan hati, jiwa dan perasaan..

Didoakan semoga Nik Muhammad Wajihuddin Nik Mohd Azam menjadi hamba Allah yang taat dan anak yang soleh.. didoakan juga agar Allah membantu saya dalam mendidik baby Wajihuddin mengenal Tuhan dan Rasul-Nya.. amen ya rabb..


Buat anakandaku Nik Muhammad Wajihuddin Nik Mohd Azam..
“ besarlah anakandaku dalam kasih sayang Allah.. ummi sentiasa cuba menjadi yang terbaik dalam mendidik dan mengasuhmu.. jadikan Allah sebagai tempat pergantunganmu.. jadikan Rasulullah saw sebagai contoh tauladan terbaik buatmu kerana saat kamu menginjak usia dewasa, dunia bukanlah seindah ketika kamu masih dalam dakapan ummi.. abah dan ummi sayangkanmu, anakandaku Nik Muhammad Wajihuddin Nik Mohd Azam..”


** gambar diatas ni diambil ketika masih di hospital, lebih kurang 4 jam lepas wajihuddin lahir.. :)
 


1 comments:

 

Sedang Online

widget