Posts

Showing posts from May, 2011

Sinar Cahaya Ayat Qursi

Image
Hikmah Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis: 1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. 2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain. 3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya. 4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur, setiap perbuatan orang yg benar, pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat. 5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginy...

Ubat Bagi Musibah

Image
Abu Al-Faraj Ibn Al-Jauzi berkata: ada enam perkara ubat bagi orang yang terkena musibah, iaitu:   hendaklah seseorang itu menyedari, bahawa dunia ini adalah tempat ujian dan kesusahan, bukan tempat untuk bersenang-senang. hendaklah seseorang itu meyakini bahawa setiap musibah yang datang itu adalah ketentuan dari Allah. hendaklah orang yang terkena musibah itu melihat kepada musibah yang lebih besar yang pernah menimpa kepada orang lain selain dirinya. hendaklah ia membandingkan antara musibah yang melanda dirinya dengan musibah yang dialami oleh orang lain, dengan demikian hatinya akan sedikit terhibur. hendaklah ia mengharapkan ganti dari Allah sekiranya yang pergi itu masih boleh mendapat ganti. hendaklah orang yang terkena musibah itu mengharapkan pahala dengan sentiasa bersikap sabar kerana yang demikian itulah yang terbaik bagi dirinya.  

Selamat Hari Ibu..

Image
Selamat hari ibu  buat ibuku yang amat dirindui.. yang berada sangat jauh di alam sana.. ibuku yang sentiasa berada dalam setiap doaku.. ibuku, Che Pah binti Haron.. sesungguhnya, walau cuma sebentar kasihmu dapat ku rasa, namun ianya amat berkesan dalam jiwa..  14 tahun pemergianmu, membuatkanku teramat rindu pada kasih sayangmu, ibu.. sesungguhnya, ibulah ibu yang terhebat.. semoga aku bisa menjadi sehebat ibu buat anakku yang bakal lahir.. aku rindu padamu, ibu.. YaAllah.. ampunilah dosa ibu bapaku.. tempatkanlah mereka dikalangan hambaMu yang soleh solehah dan beriman.. ameen... sewaktu ku berusia 5bulan..

Akrab Persahabatan..

Image
Akrab Persahabatan.. Hmm kenapa ya tiba-tiba saya rasa nak masukkan lagu ni dalam blog.. :) actually, pertama kali dengar lagu ni masa saya sekolah menengah, tingkatan 5.. masa tu ada program motivasi dengan en. hubby.. hehe.. ada nilai jiwa rupanya.. :) jom kita hayati lirik lagu ni.. Sesegar hijau daunan Begitulah kita diibaratkan Tiada siapa yang bisa memisahkan kita Antara kita semua Seerat simpulan yang tidak terbuka Seteguh langit tinggi menongkah dunia Kita mengharung badai atas nama Kasih insan bersaudara Buang yang keruh ambil yang jernih Dendam hasad dengki mestilah dijauhi Marilah contohilah Rasullulah Di dalam bersahabat Ukhuwah dan mahabbah kita jalinkan Bina keharmonian Sesegar hijau daunan Begitulah kita diibaratkan Tiada siapa yang bisa memisahkan kita Antara kita semua  

Rahsia Solat 5 Waktu..

Image
Ali bin Abi Talib r.a berkata : "Sewaktu Rasullullah saw duduk bersama para sahabat muhajirin dan ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi lalu berkata: "Ya Muhammad, kami hendak tanya kepada kamu kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa as yang tidak diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab." Lalu Rasullullah saw bersabda:   "Silakan bertanya." Berkata orang Yahudi: "Sila terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu." Sabda Rasullullah saw " Sembahyang Zuhur jika tergelincir matahari , maka bertasbihlah segala sesuatu kepada tuhanNya. Sembahyang Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam as memakan buah Khuldi . Sembahyang Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam as , maka setiap mukmin yang bersembahyang Maghrib dengan ikhlas kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulkan p...

Diseksa Sehingga Kiamat..

Image
Di zaman Abu Bakar r.a, ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyangkannya, tiba2 kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu, mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.   Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, "Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."   Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?" Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya; 1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang 2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.   3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama. Maka inilah balasannya"...