Pages

Saturday, May 14

Ubat Bagi Musibah



Abu Al-Faraj Ibn Al-Jauzi berkata: ada enam perkara ubat bagi orang yang terkena musibah, iaitu: 

  1. hendaklah seseorang itu menyedari, bahawa dunia ini adalah tempat ujian dan kesusahan, bukan tempat untuk bersenang-senang.
  2. hendaklah seseorang itu meyakini bahawa setiap musibah yang datang itu adalah ketentuan dari Allah.
  3. hendaklah orang yang terkena musibah itu melihat kepada musibah yang lebih besar yang pernah menimpa kepada orang lain selain dirinya.
  4. hendaklah ia membandingkan antara musibah yang melanda dirinya dengan musibah yang dialami oleh orang lain, dengan demikian hatinya akan sedikit terhibur.
  5. hendaklah ia mengharapkan ganti dari Allah sekiranya yang pergi itu masih boleh mendapat ganti.
  6. hendaklah orang yang terkena musibah itu mengharapkan pahala dengan sentiasa bersikap sabar kerana yang demikian itulah yang terbaik bagi dirinya.
 

0 comments:

Post a Comment

 
pregnancy

Sedang Online

widget