Thursday, January 13

Madah Untuk Ibu..

Ibu..
Jika tidak keranamu yang melahirkanku..
Maka tidak ku kenali akan hidup ini..

Ibu..
Kasih dan sayangmu pada seorang anak..
Kau sanggup berkorban biar kau dalam serba kekurangan..

Ibu..
Kini, dewasalah seorang anak..
Tanpa kau di sisiku..
Melihat segala keindahan dunia ini..
Aku merasa pilu..
Mengenangkan jasa-jasamu..
Ketika membesarkan aku..

Ibu..
Benarlah syurga itu dibawah tapak kakimu..
Demikian tingginya darjatmu..
Selagi hayatku masih ada..
Kau tiada kulupakan..

0 comments:

Post a Comment

 

Sedang Online

widget