Pages

Thursday, February 9

Kebaikan dan Keburukan Minum Air Kopi


Berdasarkan kajian, pengambilan kopi sebanyak 6 hingga 8 cawan sehari akan mengurangkan risiko untuk mendapat kencing manis sebanyak 54% bagi lelaki dan 30% bagi wanita. 80% kurang risiko untuk mendapat penyakit parkinson dan kerosakan hati, 25% kurang risiko mendapat barah usus. Kafien meransang aktiviti otak dan dapat meningkatkan keupayaan seorang atlit.

Kajian di Brazil pula mendapati bahawa kanak-kanak yang meminum secawan kopi setiap hari dapat mencegah masalah kemurungan, menyebabkan lebih aktif dan mudah menerima pelajaran.

Kesan buruk sekiranya meminum kopi secara berlebihan adalah menggigil, meningkatkan paras kolestrol, mengganggu tidur, tulang cepat reput dan rasa berdebar-debar.

Bagi sesetengah wanita, kafien tidak akan mempengaruhi kesuburan. Tetapi, bagi wanita yang agak sukar hamil, dinasihatkan berhenti pengambilan kafien. Kafien akan menyebabkan saluran darah mengecut. Ini akan menyebabkan pengurangan aliran darah ke uri dan seterusnya menyebabkan pengurangan bekalan oksigen dan nutrien. Selain itu, kafien boleh sampai kepada bayi dalam rahim dan menjejaskan pertumbuhn sel-selnya.

Kajian di Denmark pula mendapati pengambilan kopi yang tinggi (8 cawan) akan meningkatkan risiko kematian bayi dalam rahim sebanyak 2 kali berbanding wanita yang tidak mengamalkan minum kopi.

Kajian lain menunjukkan wanita yang mengambil 200mg atau lebih kafien dari kopi, teh, soda dan coklat boleh menyebabkan keguguran.


Sumber: Siti Hanis Jamail (terima kasih dik :) )

1 comments:

 
pregnancy

Sedang Online

widget