Bayi Tersedak Susu..

Menurut Dr Anthony James Mansul, Perunding Pediatrik Pusat Perubatan Prince Court, faktor yang boleh mengganggu penyusuan bayi dan menyebabkan tersedak ialah gejala seperti selesema bayi tidak cukup bulan atau tidak sihat proses menyusukan bayi dalam keadaan yang tidak betul Antara nasihat doktor kepada ibu yang anaknya kerap tersedak ialah Memerah sedikit susu dari payu dara bagi mengurangkan tekanannya ketika bayi menyusu atau periksa puting botol susu untuk memastikan lubangnya tidak terlalu besar Jika bayi masih lagi tersedak, jumpa doktor untuk pastikan keseluruhan saluran udara, pernafasan, lidah dan mulut bayi tiada masalah dan tidak sakit Jika semuanya baik, mungkin teknik penyusuan yang diamalkan tidak betul dan kebanyakan hospital dan bidan-bidan boleh membantu menasihati ibu mengenai teknik penyusuan yang betul Apa yang perlu dilakukan sekiranya bayi tersedak? Pertama sekali jangan panik sebab ibu bapa sering bimbang susu akan masuk ke saluran udar...