Amalan Ketika Mengandung..
Mengandung
adalah suatu harapan dan cita-cita sesebuah perkahwinan. Ia adalah suatu
anugerah. Oleh sebab itu banyak amalan-amalan yang harus kita lakukan semasa
mengandung agar zuriat yang bakal kita lahirkan itu nanti akan menjadi generasi
yang cemerlang, baik di dunia mahupun di akhirat.
Untuk mencapai matlamat itu,
anak tersebut mestilah ditarbiyah sejak dia masih janin lagi atau di dalam
kandungan ibunya. Tingkah laku ibu bapa yang baik semasa ibu sedang hamil
merupakan satu pendidikan awal.
Di antara amalan yang sunat dilakukan ketika sedang hamil ialah dengan memperbanyakkan membaca ayat-ayat suci al-Qur'an, beristighfar dan berwirid setiap kali selepas mengerjakan sembahyang.
Di antara amalan yang sunat dilakukan ketika sedang hamil ialah dengan memperbanyakkan membaca ayat-ayat suci al-Qur'an, beristighfar dan berwirid setiap kali selepas mengerjakan sembahyang.
Di
antara surah-surah yang digalakkan dibaca ialah:
a)
Surah Yaasiin, kerana ia mempunyai banyak fadhilat.
b) Surah Yusuf, agar mendapat anak yang saleh, sempurna dan mempunyai rupa paras yang elok.
c) Surah Luqman, agar mendapat anak yang taat kepada kedua ibubapa.
d) Surah Maryam.
e) Surah at-Taubah.
f) Surah al-Ikhlas.
b) Surah Yusuf, agar mendapat anak yang saleh, sempurna dan mempunyai rupa paras yang elok.
c) Surah Luqman, agar mendapat anak yang taat kepada kedua ibubapa.
d) Surah Maryam.
e) Surah at-Taubah.
f) Surah al-Ikhlas.
Sementara
wirid-wiridnya pula ialah:
1. 
2. 
AMALAN SEMASA HAMPIR BERSALIN:
Untuk
memudahkan ibu-ibu yang hendak bersalin, hendaklah banyak membaca surah-surah
seperti berikut:
- Surah al-Fatihah.
- Surah al-Nahl ayat 78.
- Surah al-Hasyr, Ayat 21.
- Selawat Syifa:
- Do'a:
Ertinya:
"Ya Allah! Dengan hak Maryam, juga dengan hak hamba yang diturunkan
kepadanya surah Maryam, ringankanlah daripadanya (nama pesakit dan ibunya
penderitaan bersalin, dengan rahmatMu wahai Tuhan yang amat mengasihani dari
segala-galanya."
- Wirid:
Ertinya: "Tuhanku,
permudahkanlah dan jangan kau sukarkan, kerana sesungguhnya memudahkan sesuatu
itu mudah bagiMu. Tuhanku sempurnakanlah dengan kebaikan."
- Dan sunat memperbanyakkan membaca do'a Nabi Yunus (Surah al-Anbiya ayat 87):
Tafsirnya:
"Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya
Allah!) Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku daku)!
Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri."
- Disunatkan juga memperbanyakkan do'a menghilangkan kebimbangan dan ketakutan:
Bagi ibu-ibu yang sukar bersalin:
Dibaca
pada air kemudian diminum dan disapukan pada mukanya insya Allah mudah bersalin
dengan izin Allah.
Ayat
yang dimaksudkan ialah:
Dan
disambung dengan surah al-Hasyr ayat 21-24 (sebagaimana yang disebutkan di
atas) dan ditambah dengan:
Dan
satu cara lagi sebagaimana kata Ibni Abbas Radhiallahu' Anhuma, jika seorang
perempuan susah hendak bersalin maka hendaklah dituliskan pada satu kertas dan
direndamkan kemudian diberi minum dan disapu pada mukanya insya Allah mudah
bersalin, iaitu:
Ditambah
dengan:
Sementara
bagi orang yang berada disamping perempuan yang hampir melahirkan itu
disunatkan membaca ayat-ayat berikut untuk membantu memudahkannya bersalin. Di
antara ayat-ayat tersebut ialah:
i.
Ayat al-Kursiy dalam surah al-Baqarah ayat 255.
ii. Surah al-A'raf ayat 54-55.
iii. Surah al-Falaq dan an-Nas:
ii. Surah al-A'raf ayat 54-55.
iii. Surah al-Falaq dan an-Nas:
Ini
berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Sunni daripada Fatimah
Radhiallahu Anha:
Maksudnya: "Apabila
dia (Fatimah) telah hampir melahirkan, Rasullullah telah menyuruh Ummu Salamah
dan Zainab bte Jahash agar datang melihat Fatimah, maka Rasullullah Sallallahu
'Alaihi Wasallam membaca ayat al-Kursiy dan surah al-A'raf di sisi Fatimah dan
memohon perlindungan daripada Allah dengan membaca surah
al-Mu'awidzatain." .

Comments
Post a Comment