Ketahui Saiz Perut Bayi..

Tahukah anda, perut bayi sangat kecil? Manurut Smith L.J di dalam bukunya : 1- Saiz Perut Bayi Baru Lahir Perut bayi yang baru lahir adalah berukuran lebih kurang SEBIJI GULI jernih ataupun sebesar KACANG BADAM. Ia boleh memuatkan isipadu susu sebanyak 5-7 ml pada satu-satu masa. Pada hari pertama kelahiran, perut bayi tidak boleh mengembang. Keadaan ini menjelaskan bahawa, kolustrum yang sedikit sudah mencukupi untuk bayi anda pada hari tersebut . Jika bayi anda diberi susu formula yang berlebihan, bayi akan memuntahkannya kerana perutnya yang kecil dan tidak boleh mengembang dan tidak mampu untuk menampung isi padu susu yang banyak. 2- Saiz Perut Bayi pada Hari ke-3 Pada hari ketiga, saiz perut bayi mula membesar lebih kurang SEBIJI BOLA PING PONG . Ia dapat menampung lebih kurang 22-27ml susu pada satu-satu masa. Perubahan ini bermula apabila ibu mula menghasilkan susu perantara iaitu apabila keupayaan ibu untuk menghasilk...