Pages

Friday, January 4

Ketahui Saiz Perut Bayi..



Tahukah anda, perut bayi sangat kecil? Manurut Smith L.J di dalam bukunya :

1- Saiz Perut Bayi Baru Lahir

Perut bayi yang baru lahir adalah berukuran lebih kurang SEBIJI GULI jernih ataupun sebesar KACANG BADAM. Ia boleh memuatkan isipadu susu sebanyak 5-7 ml pada satu-satu masa. Pada hari pertama kelahiran, perut bayi tidak boleh mengembang. Keadaan ini menjelaskan bahawa, kolustrum yang sedikit sudah mencukupi untuk bayi anda pada hari tersebut. Jika bayi anda diberi susu formula yang berlebihan, bayi akan memuntahkannya kerana perutnya yang kecil dan tidak boleh mengembang dan tidak mampu untuk menampung isi padu susu yang banyak.

2- Saiz Perut Bayi pada Hari ke-3

Pada hari ketiga, saiz perut bayi mula membesar lebih kurang SEBIJI BOLA PING PONG. Ia dapat menampung lebih kurang 22-27ml susu pada satu-satu masa. Perubahan ini bermula apabila ibu mula menghasilkan susu perantara iaitu apabila keupayaan ibu untuk menghasilkan susu mula meningkat.

3- Saiz Perut Bayi pada Hari ke-10

Pada hari ke-10, saiz perut bayi sudah sebesar SEBIJI TELUR AYAM dan ia mampu untuk terus mengembang. Pada masa ini, perut bayi dapat menampung sebanyak 60-80 ml susu pada satu-satu masa.

**Jika sewaktu di dalam pantang, bayi anda sering menangis dan selalu nak ‘mengempeng’ (kata orang jawa), Peluklah mereka… Belailah mereka.. Mereka menangis bukan semata-mata kerana lapar… Mereka inginkan perhatian anda.. Jika berada di payudara anda, mereka mendengar degupan jantung ibunya yang selama ini menjadi peneman setia hidupnya di dalam rahim anda… Mereka akan berasa tenang… Susukan bayi anda sepenuhnya dengan susu ibu… InsyaAllah cukup untuk anak anda….


Credit

0 comments:

Post a Comment

 
pregnancy

Sedang Online

widget