Posts

Showing posts from December, 2010

Ketika Allah Memilihmu Untukku

Image
  Padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku.. Ingin ku beri tahu padamu.. Aku hidup dan besar dari keluarga bahagia.. Orang tua yg begitu sempurna.. Dengan cinta yg begitu membuncah.. Aku dibesarkan dgn limpahan kasih yang tak terhingga.. Maka, padamu ku katakan.. Saat Allah memilihmu dalam hidupku, Maka saat itu Dia berharap, kau pun sanggup melimpahkan cinta padaku.. Memperlakukanku dgn sayang yang begitu indah.. Padamu yang Allah pilihkan untukku.. Ketahuilah, aku hanya wanita biasa dengan begitu banyak kekurangan dalam diriku, Aku bukanlah wanita sempurna, seperti yang mungkin kau harapkan.. Maka, ketika Dia memilihmu untukku, Maka saat itu, Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dgn keberadaanmu. Dan aku tahu, Kaupun bukanlah laki-laki yang sempurna.. Dan ku berharap ketidaksempurnaanku mampu menyempurnakan dirimu.. Karena kelak kita akan satu.. Aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku, Kau dan aku akan menjadi 'kita'.. Padamu yg Allah pilihkan untukku.....

Masuk Neraka Jika Hari Hujan

Image
  Pada setiap petang Jumaat, selepas solat Jumaat, selepas melayani parajamaah di Masjid, Imam dan putera lelakinya yang berumur 11 tahun akan keluar ke bandar untuk mengedarkan risalah bertajuk "Jalan Ke Syurga" dan juga menyampaikan ceramah agama. Pada petang Jumaat itu, seperti biasa Imam dan putera lelakinya akan keluar untuk mengedarkan risalah. Bagaimanapun pada petang tersebut keadaan di luar rumah sangat sejuk dan hujan pula turun dengan sangat lebat. Budak itu memakai baju sejuk dan baju hujan dan berkata "OK ayah, saya sudah bersedia". Ayahnya berkata "Bersedia untuk apa?". Budak itu menjawab "Ayah, masa telah tiba untuk kita keluar mengedarkan buku-buku tentang Islam ini". Ayahnya membalas "Anakku, di luar sana sangat sejuk dan hujan lebat pulak". Dengan muka yang kehairanan, budak itu bertanya ayahnya, "Tetapi ayah, adakah manusia tidak masuk neraka jika hari hujan?" Ayahnya menjawab, ...

Kisah Penjual Tempe

Image
Di kawasan pedalaman tanah Jawa, terdapat seorang wanita bernama Jumilah. Jumilah adalah seorang ahli perniagaan yang menjalankan perniagaan tempe. Setiap hari Jumilah akan membuat tempe dan menjual tempe yang menjadi di pasar. Pada suatu hari, seperti biasa Jumilah bersiap-siap untuk ke pasar, tetapi alangkah terkejutnya Jumilah apabila mendapati tempe yang dibuat dari kacang soya terpilih itu masih belum menjadi lagi dan tidak boleh dijual lagi. Jumilah kebingungan, tidak keruan apa yang patut dilakukan. Maka Jumilah menadah tangan memohon pada Tuhan agar tempenya itu menjadi kerana tiada yang mustahil bagi Tuhan untuk menjadikan sesuatu itu. Setelah selesai berdoa, Jumilah menekan-nekan tempe-tempenya di dalam bungkusan kalau-kalau sudah menjadi. Ternyata tempenya masih lagi belum menjadi. Hari semakin cerah, maka sudah tentunya orang ramai sudah mulai mengunjungi pasar. Jumilah masih lagi tidak berputus harap pada Tuhan malah dia membawa tempe-...

Iktiraf (Raihan)

Image
Wahai Tuhan ku tak layak ke syurgaMu.. namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu.. ampunkan dosaku terimalah taubatku.. sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar.. dosa-dosaku bagaikan pepasir dipantai.. dengan rahmatMu ampunkan daku oh Tuhanku.. wahai Tuhan selamatkan kami ini.. dari segala kejahatan dan kecelakaan.. kami takut kami harap kepadaMu.. suburkanlah cinta kami kepadaMu.. kamilah hamba yang mengharap belas dariMu....

Fitrah Kejadian Wanita..

Image
Kejadian wanita amat unik berbanding dengan kejadian lelaki. Sengaja Allah SWT menjadikan wanita berbeza dengan kaum lelaki. Perbezaan ini mengandungi hikmah yang tidak dapat dibantah atau disangkal oleh pemikiran manusia.. Di sebalik kejadian wanita yang serba lemah, sebenarnya tersembunyi rahsia Allah yang amat besar, yang perlu disedari oleh setiap wanita. Jika wanita dapat meletakkan diri mereka tempat yang sesuai dengan hakikat kejadian mereka yang serba lemah itu, wanita menjadi lebih mulia daripada lelaki serta menjadi penyeri alam. Wanita perlu terlebih dahulu memahami asal-usul kejadian serta mengenali kelemahan-kelemahan yang telah Allah SWT fitrahkan kepada mereka. Wanita pertama yang dijadikan Allah SWT iaitu Hawa adalah hasil doa Nabi Allah Adam a.s. Beliau yang kesepian hidupnya di syurga ketika itu tiada teman untuk berbicara. Allah SWT memperkenankan doa beliau dengan menciptakan seorang wanita untuknya. Inilah secara ringkasnya kejadian wanita, mak...

Rahsia Air Mata Wanita

Image
  Suatu ketika, seorang anak bertanya kepada ibunya, “Ibu, mengapa ibu menangis?” Ibunya menjawab, “Sebab ibu adalah perempuan, nak.” “Saya tak mengerti ibu,” kata si anak. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kau memang tak akan mengerti…” Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. “Ayah, mengapa ibu menangis?” “Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas,” sang ayah menjawab. “Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.” Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, ia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, “Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?” Dalam mimpinya ia merasa seolah mendengar jawapannya: “Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur. “Kuberikan wanita kekuatan untuk dapa...

Cecahkan Dahimu Ke Sejadah

Image
  Bersihkan dirimu sebelum kamu dimandikan. Berwudhu’lah kamu sebelum kamu diwudhu’kan. Dan bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan. Tutuplah auratmu sebelum auratmu ditutupkan. Dengan kain kafan yang serba putih. Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih. Walaupun orang yang hadir itu merintih.Selepas itu kamu akan diletak diatas lantai. Lalu dilaksanakan solat jenazah. Dengan empat kali takbir dan satu salam. Berserta Fatihah ,Selawat dan doa. Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah. Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus, segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup? Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud, dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput? Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian. Justeru ku menyeru sekalian Muslimin dan Muslimat. Usunglah dirimu ke tikar solat. Sebelum kamu diusung ke liang lahad. Menjadi makanan cacing dan ulat. Iringilah dirimu ke masjid. Sebelum kamu diiringi ke pusara. Tangisilah do...

Kisah Cintaku Untuk Renungan Semua

Image
Disini saya nak berkongsi cerita tentang KEKASIH saya. Saya taip huruf besar ni sebab saya terlalu sayang pada DIA. Penyayang sifatnya. Betul ni, tak tipu punya! Boleh dikategorikan cinta sejatilah ni. Apa taknya, masa saya ada masalah, minta saja bantuan pada DIA. Mesti DIA akan tolong. Bila saya susah hati, saya boleh terus mengadu pada DIA, ‘direct’! Yang seronoknya, bila saya dah mengadu pada DIA, terasa tenang aje. Jadi, sudah tentulah KEKASIH,kan? DIA kata: orang yang sabar akan sentiasa beruntung . Oleh itu, saya akan dengar segala nasihat DIA. Ishh..! beruntung betul dapat KEKASIH camni. Tak pernah nak sakitkan hati saya. Bila-bila masa aje saya boleh ‘contact’ DIA. Yang seronok tu, saya rasa DIA ada betul-betul dalam hati ni! Ye la, cinta punya pasalkan? DIA tak kisah pun kalau saya tak ingat kat DIA. Tapi rugilah saya. Sebab, kalau saya ingat & ‘contact’ DIA je, pasti macam-macam yang saya dapat. Tak kiralah, material ke, spiritual ke. Mmm.. memang KEKAS...

Pesanan Imam Ghazali

Image
PESANAN Imam Ghazali: Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini? Murid 1: Orang tua Murid 2: Guru Murid 3: Teman Murid 4: Kaum kerabat Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185). Imam Ghazali: Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ? Murid 1: Negeri Cina Murid 2: Bulan Murid 3: Matahari Murid 4: Bintang-bintang Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari2 yg akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama. Imam Ghazali: Apa yang paling besar didunia ini ? Murid 1: Gunung Murid 2: Matahari Murid 3: Bumi Imam Ghazali: Semua jawapan itu b...

Mencari Kasih..

Image
Pada suatu hari, seorang lelaki datang kepada Rasulullah saw. Lelaki ini ingin mendapatkan bimbingan daripada baginda. "Ya Rasulullah, tunjukkan jalan yang membolehkan Tuhan dan manusia mengasihi diri saya," tanya lelaki itu. Rasulullah saw menyambut permintaan lelaki itu dengan mesra. " Saudara, janganlah saudara kasih kepada dunia ini, nanti Tuhan pasti mengasihi saudara. dan jangan saudara tamak akan harta orang lain, nanti orang pasti akan kasih kepada saudara ". #petikan dari sebuah blog

Tika Dinihari

Image
Tuhanku Tiada indah di malam yang hening melainkan dengan bermunajat kepada-Mu Tiada indah suatu hari yang aku lalui kecuali dengan patuh kepada-Mu Tuhanku Tiada indah hidup di dunia melainkan berzikir dan menyebut nama-Mu Tiada indah tiba di akhirat yang abadi kecuali dengan keampunan-Mu Ya Allah Tuhanku yang merubah kalbu Tetapkanlah hatiku Moga sentiasa dalam agama-Mu Jua taat akan perintah-Mu Tuhan Usah bebankan kami dengan bebanan yang berat seperti yang pernah kau berikan kepada umat yang terdahulu... dari kami Tuhan Jangan pikulkan kami Yang tidak kami terdaya Maafkan salah kesilapan Ampunkanlah dosa-dosa Rahmatilah kami...

Sucikan Hatimu

Image
Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.     1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih”     2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.     3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.     4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X.     5. Bermaaf-maafan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta m...

Wali Allah.. Rabiatul Adawiyah ra.

Image
Rabi’ah binti Ismail al-Adawiyah tergolong wanita sufi yang terkenal dalam sejarah Islam. Dia dilahirkan sekitar awal kurun kedua Hijrah berhampiran kota Basrah di Iraq. Dia lahir dalam sebuah keluarga yang miskin dari segi kebendaan namun kaya dengan peribadatan kepada Allah. Ayahnya pula hanya bekerja mengangkut penumpang menyeberangi Sungai Dijlah dengan menggunakan sampan. Pada akhir kurun pertama Hijrah, keadaan hidup masyarakat Islam dalam pemerintahan Bani Umaiyah yang sebelumnya terkenal dengan ketaqwaan telah mulai berubah. Pergaulan semakin bebas dan orang ramai berlumba-lumba mencari kekayaan. Justeru itu kejahatan dan maksiat tersebar luas. Pekerjaan menyanyi, menari dan berhibur semakin diagung-agungkan. Maka ketajaman iman mulai tumpul dan zaman hidup wara’ serta zuhud hampir lenyap sama sekali. Namun begitu, Allah telah memelihara sebilangan kaum Muslimin agar tidak terjerumus ke dalam fitnah tersebut. Pada masa itulah muncul satu gerakan baru...

Jika Isteri Menangis Di Hadapanmu

Image
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu, itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi. Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu... Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya! Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah! Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu. Dia akan menurunkan rasa EGOnya. Wahai suami2, jika seorang isteri pernah menangis keranamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian. Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terperuk terlalu dalam . Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya... Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya. Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu... Lihatlah jauh kedalam matanya. D...

Jenis Manusia Dalam Dunia

Image
1. MEREKA YANG TIDAK ADA LIDAH DAN TIDAK ADA HATI: Mereka ini  ialah orang-orang yang bertaraf biasa, berotak tumpul dan berjiwa kerdil yang tidak mengenang Allah dan tidak ada kebaikan pada mereka. Mereka ini ibarat melukut yang ringan, kecuali mereka dilimpahi dengan kasih sayang Allah dan membimbing hati mereka supaya beriman serta menggerakkan angota-anggota mereka supaya patuh kepada Allah.Berhati-hatilah supaya kamu jangan termasuk dalam golongan mereka. Janganlah kamu layan mereka dan janganlah kamu bergaul dengan mereka. Merekalah orang-orang yang dimurkai Allah dan penghuni neraka. Kita minta dilindungi Allah dari pengaruh mereka. Sebaliknya kamu hendaklah cuba menjadikan diri kamu sebagai orang yang dilengkapi dengan Ilmu Ketuhanan, Guru kepada yang baik, Pembimbing kepada agama Allah, Penyampai dan pengajak kepada manusia kepada jalan Allah. Berjaga-jagalah jika kamu hendak mempengaruhi mereka supaya mereka patuh kepada Allah dan beri amaran kepada m...