Thursday, December 30

Kisah Cintaku Untuk Renungan Semua

Disini saya nak berkongsi cerita tentang KEKASIH saya. Saya taip huruf besar ni sebab saya terlalu sayang pada DIA. Penyayang sifatnya. Betul ni, tak tipu punya! Boleh dikategorikan cinta sejatilah ni. Apa taknya, masa saya ada masalah, minta saja bantuan pada DIA. Mesti DIA akan tolong. Bila saya susah hati, saya boleh terus mengadu pada DIA, ‘direct’! Yang seronoknya, bila saya dah mengadu pada DIA, terasa tenang aje. Jadi, sudah tentulah KEKASIH,kan? DIA kata: orang yang sabar akan sentiasa beruntung . Oleh itu, saya akan dengar segala nasihat DIA.

Ishh..! beruntung betul dapat KEKASIH camni. Tak pernah nak sakitkan hati saya. Bila-bila masa aje saya boleh ‘contact’ DIA. Yang seronok tu, saya rasa DIA ada betul-betul dalam hati ni! Ye la, cinta punya pasalkan? DIA tak kisah pun kalau saya tak ingat kat DIA. Tapi rugilah saya. Sebab, kalau saya ingat & ‘contact’ DIA je, pasti macam-macam yang saya dapat. Tak kiralah, material ke, spiritual ke. Mmm.. memang KEKASIH sejatilah tu. Bila saya rindu kat DIA, saya baca aje surat-surat yang DIA beri. Macam-macam nasihat ada dalam surat tu. Siap beri contoh lagi nak suruh saya faham.

KEKASIH saya ni lain dari yang lain tau. DIA la satu-satunya dalam hati ni. DIA selalu beri semangat pada saya. Sebenarnya, memang ramai yang jatuh cinta pada DIA ni. Jadi, saya pun kenalah usaha betul-betul. Kata orang putih, “what you give, you get back”. Jadi, kalau saya usaha lebih sikit, saya dapat la lebih kan? KEKASIH saya ni, teramatlah baiknya. Sempurna segala-galanya. Sebab tulah, jika saya terjaga di tengah malam, saya mesti akan ‘contact’ DIA. Rindulah..!

Sebenarnya, KEKASIH saya ni kaya tau. Millionaire. Billionaire. & apa-apa ntah ‘naire’ lagi. Sebab tulah DIA pemurah sangat. Semua keperluan hidup saya, DIA yang berikan. Percaya tak? Tak payah bayar pun. Bak kat orang putih, “free of charge”. Tapi, saya tak sedap hati lah kalau macam tu. Mestilah kena hargai apa yang DIA beri tu kan? Jadi, saya akan buat apa-apa saja untuk balas jasa DIA. Bak kata orang yang sedang bercinta, “berkorban apa saja, harta ataupun nyawa, itulah kasih mesra, sejati dan mulia”.

DIA selalu pesan supaya belajar bersungguh-sungguh. Kalau boleh belajar semua ilmu. Sebab, KEKASIH saya ni memang cerdik, bijaksana, genius. DIA kata, tanpa ilmu, setiap amal yang saya buat semua sia-sia. DIA pun makin sayang pada saya kalau saya rajin belajar. Sebenarnya, malu saya nak cerita pasal ni. Mmm.. saya belum pernah jumpa DIA lagi. Tapi, KEKASIH saya ni dah janji, satu hari nanti mesti jumpa punya. Sekarang ni, saya menghitung hari lah. Jadi, saya mesti buat persiapan awal-awal sebelum jumpa DIA. Daripada surat-surat DIA tu, saya tahu lah perkara yang DIA suka dan perkara yang DIA tak suka. Jadi, DIA mesti bertambah-tambah sayang pada saya kan? Takpelah, berkorban sekarang, sebab DIA dah janji, sesiapa yang DIA sayang, DIA akan beri hadiah istimewa yang saya tak pernah terfikir pun.

Ishh..! rindu sangat lah kat DIA ni! KEKASIHku, diri ini berjanji. Diriku akan pertahankan cinta suci ini. Walau nyawa menjadi taruhan, menggadaikan cinta teragung ini, tidak sama sekali. Walaupun tak pernah berjumpa, diriku tetap bahagia. Itulah KEKASIHku. ALLAH SWT. Cinta teragungku. May that KEKASIH, out of the sheer mercy, grant us all that true and pure love. AMIN..

#petikan dari sebuah blog

0 comments:

Post a Comment

 

Sedang Online

widget