Pages

Thursday, December 30

Fitrah Kejadian Wanita..

Kejadian wanita amat unik berbanding dengan kejadian lelaki. Sengaja Allah SWT menjadikan wanita berbeza dengan kaum lelaki. Perbezaan ini mengandungi hikmah yang tidak dapat dibantah atau disangkal oleh pemikiran manusia..

Di sebalik kejadian wanita yang serba lemah, sebenarnya tersembunyi rahsia Allah yang amat besar, yang perlu disedari oleh setiap wanita. Jika wanita dapat meletakkan diri mereka tempat yang sesuai dengan hakikat kejadian mereka yang serba lemah itu, wanita menjadi lebih mulia
daripada lelaki serta menjadi penyeri alam. Wanita perlu terlebih dahulu memahami asal-usul kejadian serta mengenali kelemahan-kelemahan yang telah Allah SWT fitrahkan kepada mereka.

Wanita pertama yang dijadikan Allah SWT iaitu Hawa adalah hasil doa Nabi Allah Adam a.s. Beliau yang kesepian hidupnya di syurga ketika itu tiada teman untuk berbicara. Allah SWT memperkenankan doa beliau dengan menciptakan seorang wanita untuknya. Inilah secara ringkasnya kejadian wanita, makhluk yang halus kulitnya, lemah sendi tulangnya dan berbeza pula bentuk serta susunan tubuhnya berbanding dengan lelaki.

Kaum wanita harus menerima hakikat asal kejadian mereka. Oleh kerana mereka dijadikan daripada tulang yang bengkok lagi lemah, mereka perlu kepada pimpinan yang halus tetapi tegas.
Rasulullah saw bersabda lagi: Perempuan itu seperti tulang rusuk, jika kamu meluruskannya, bererti kamu mematahkannya. Jika kamu membiarkannya, dia akan tetap bengkok.(Riwayat Imam Bukhari).

Dalam keadaan yang lemah ini, wanita tidak mampu untuk membuat sesuatu pekerjaan kecuali dibantu dengan baik. Oleh sebab itulah Allah SWT tidak menuntut wanita melaksanakan sesuatu yang tidak termampu olehnya. Apa yang dipertanggungjawabkan ke atas wanita adalah bersesuaian dengan kekuatan fizikal dan mentalnya.

#petikan dari sebuah blog

0 comments:

Post a Comment

 
pregnancy

Sedang Online

widget