Posts

Showing posts from March, 2011

Wasiat Imam Hasan Al Banna..

Image

Sungai Dalam Laut..

Image
  "Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi." (Q.S Al Furqan:53) . Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery' pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau, ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.   Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.   Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk men...

Peribadi Mulia Rasulullah saw..

Image
Kuliyyah maghrib oleh Ustaz Syed Al-Attar tentang keperibadian Nabi Muhammad yang patut kita kagumi dan ambil contoh.Ceritanya begini. Rasulullah s.a.w merupakan seorang yang berperibadi mulia. Selepas bersembahyang di masjid, baginda akan terus keluar mencari fakir-fakir miskin dan anak yatim tidak kira islam atau kafir untuk menghulurkan batuan termasuklah seorang tua yang kafir dan buta. Orang tua buta ini diupah oleh pihak kafir Quraisyh untuk menyebarkan berita pada setiap orang yang berjumpa dengannya dengan mengatakan "Muhammad itu penipu, Muhammad itu jahat, Muhammad itu pendusta, jauhi Muhammad". Begitulah setiap hari kerja orang tua ini memburukkan Nabi pada setiap orang. Tetapi lain pula dipihak Nabi.   Setiap hari selepas keluar dari masjid, Rasulullah akan pergi kepada orang tua buta ini untuk menyuapkan makanan dan setiap hari jugalah orang tua itu memburukkan nabi dihadapan Rasulullah sendiri. Akan tetapi keperibadiaan mulia Nabi Muhamma...

Batas Aurat Wanita..

Image
Aurat wanita sebagaimana yang telah dinyatakan oleh majority ulama (jumhur) ialah seluruh anggotanya kecuali muka dan dua tangannya (yang boleh di perlihatkan kepada selain muhrim (orang yang boleh atau tidak haram berkahwin dengannya). Hukum ini bersandarkan kepada dalil dan firman Allah swt yang bermaksud: “Dan janganlah perempuan-perempuan itu melahirkan kecantikkannya kecuali apa yang biasa kelihatan (dari muka dan dua tapak tangannya) dan hendaklah mereka menutup tudung ke atas dada (iaitu sehingga menutup dadanya)” (surah Al-Nur:31).   Manakala aurat wanita sesama wanita pula ialah antara pusat dan lutut. Ini adalah aurat yang wajib ditutup apabila bersama-sama wanita Islam (seperti dalam rumah yang tiada ajnabi). * klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas *  

Ejekan Yang Membawa Nikmat..

Image
Kalau tidak kerana ejekan Abdurrahman bin Auf, belum tentu Miqdad bin Aswad memperolehi isteri yang cantik. Begitulah hikmahnya diejek oleh orang yang soleh.   Ketika itu mereka sedang berbincang-bincang di halaman masjid Madinah. Tiba-tiba Abdurrahman bertanya, ‘’ mengapa kau tak segera kahwin, Miqdad?   ‘Yah, mengapa kau tidak mengahwinkan aku dengan puterimu saja? jawab Miqdad.   Entah mengapa, jawapan itu membuat Abdurrahman bin Auf merasa tersinggung. Lalu Miqdad diejek dan dikata-katanya, hingga Miqdad merasa sakit hati. Maka pergilah Miqdad ke rumah Nabi Muhammad s.a.w. untuk mengadu.   Mendengar pengaduan Miqdad, Rasulullah tidak marah. Beliau menepuk bahu Miqdad, dan berkata, ‘Sudahlah Miqdad. Kau jangan cemas. Aku akan carikan untukmu, seorang isteri yang pantas bagimu.   Ternyata janji Rasulullah itu benar juga. Tidak lama kemudian, Miqdad dikahwinkan dengan puteri paman Rasulullah sendiri, iaitu Dhiba’’, seorang puteri yang c...

Rahsia Mengangkat Jari Telunjuk Ketika Tahiyyat..

Image
 Petikan Artikel Dalam solatku yang sudah sekian kalinya, aku tetap merenung telunjukku dalam setiap tasyahud (tahiyyat) awal dan akhir, mengharapkan pahala menurut sunnah mengisi setiap kantung pahala yang tak pernah ku lihat. Berpuluh tahun berbuat demikian, perasaan ingin tahu tetap menerjah hatiku. Mengapa Rasulullah s.a.w. berbuat demikian? Mengapa disunatkan merenung telunjuk sewaktu tasyahud? Pasti ada sesuatu sehinggakan disunatkan berbuat demikian. Bagi yang tak ambil pusing, tetap bahagian mereka dengan kantung pahala yang sarat di akhirat, dijamin Allah s.w.t.. Dirujuk persoalan itu kepada yang arif. Kata mereka telunjuk itu satu, diangkat ketika mengucapkan kalimah " Aku bersaksi bahawa Tiada Tuhan Yang disembah melainkan Allah " bagi menandakan keEsaan Allah yang Satu, Yang Maha Esa dan Tiada yang sebanding denganNya. Jawapan yang diberi mententeramkan jiwaku hanya buat seketika. Memang benar apa yang dikatakan yang arif itu tadi, tapi mengapa gelo...