Pages

Tuesday, March 29

Batas Aurat Wanita..



Aurat wanita sebagaimana yang telah dinyatakan oleh majority ulama (jumhur) ialah seluruh anggotanya kecuali muka dan dua tangannya (yang boleh di perlihatkan kepada selain muhrim (orang yang boleh atau tidak haram berkahwin dengannya).

Hukum ini bersandarkan kepada dalil dan firman Allah swt yang bermaksud: “Dan janganlah perempuan-perempuan itu melahirkan kecantikkannya kecuali apa yang biasa kelihatan (dari muka dan dua tapak tangannya) dan hendaklah mereka menutup tudung ke atas dada (iaitu sehingga menutup dadanya)” (surah Al-Nur:31). 

Manakala aurat wanita sesama wanita pula ialah antara pusat dan lutut. Ini adalah aurat yang wajib ditutup apabila bersama-sama wanita Islam (seperti dalam rumah yang tiada ajnabi).

* klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas *
 

0 comments:

Post a Comment

 
pregnancy

Sedang Online

widget