Posts

Showing posts from April, 2011

Khasiat Kacang Soya..

Image
KACANG soya semakin popular dikalangan pengamal makanan sihat samada dari barat atau timur. Antara kelebihan kacang soya adalah ianya merupakan makanan seimbang yang sangat baik dan lebih murah daripada daging, susu atau telur. Ia mengandungi 50 peratus  protein bagi setiap 100gram kacang soya iaitu 2 kali ganda lebih dari kacang tanah, 11 kali lebih daripada susu dan 3 kali lebih daripada telur. Soya  juga kaya dengan bahan mineral seperti calcium, sodium, magnesium, iron dan phosphorous . Selain itu, soya juga kaya dengan pelbagai vitamin seperti vitamin A, B, C, dan D serta lecithin. Ianya  boleh dijadikan bahan pengganti susu bagi bayi yang mempunyai alahan terhadap susu lembu. Di samping itu, protein soya boleh mengurangkan risiko penyakit kanser dan jantung. Kelebihan kacang soya juga memudahkan proses pencernaan dan mengandungi semua asid amino yang diperlukan untuk membina dan membaiki tisu badan yang rosak serta membekalka...

Hikmah Bersedekah..

Image
Siti Fatimah, isteri Saidina Ali didatangi seorang peminta sedekah. Ketika itu Saidina Ali mempunyai 50 dirham. Setelah menerima wang, pengemis itu pun balik. Ditengah jalan, Saidina Ali bertanya berapa banyak yang diberi oleh Saidatina Fatimah. Apabila diberitahu 25 dirham, Saidina Ali menyuruh pengemis itu pergi sekali lagi ke rumahnya.   Pengemis itu pun pergi dan Fatimah memberikan baki 25 dirham kepada pengemis itu. Selang beberapa hari, datang seorang hamba Allah berjumpa Saidina Ali dengan membawa seekor unta. Orang itu mengadu dalam kesusahan dan ingin menjualkan untanya. Saidina Ali tanpa berlengah menyatakan kesanggupan untuk membelinya, meskipun ketika itu dia tidak berwang. Dia berjanji akan membayar harga unta itu dalam masa beberapa hari. Dalam perjalanan pulang, Saidina Ali berjumpa dengan seorang lelaki yang ingin membeli unta itu dengan harga yang lebih tinggi daripada harga asal. Saidina Ali pun menjualkan unta itu kepada orang itu. Setelah mendapat w...

1 Hari Sebelum Tsunami..

Image
Subhanallah... Mari kita lihat kekuasaan dan kebesaran yang Allah tunjukkan kepada kita makhlukNya yang lemah.. kejadian 1 hari sebelum berlakunya Tsunami.. A large number of shoals turned up near the beach at Mexican resort of Acapulco, including sardines, anchovies, perches and mackerels, and so on. Local fishermen thought that this spectacle might be caused by the giant tsunami triggered by 8.9 magnitude earthquake in Japan. The U.S. Geological Survey geologist opines that the tsunami is able to change water flow, but it is difficult to assign any tie-up between those two events.  

Penciptaan Malaikat Jibril & Kelebihan Umat Muhammad saw..

Image
Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124,000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata: "Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?." Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak". Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. Dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun. Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat d...

12 Barisan Manusia Menuju Akhirat..

Image
BARISAN PERTAMA: di iringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan & berkaki. keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah swt :"mereka orang2 yg menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka. mereka yg sombong & tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan didunia maupun di akhirat". firman Allah 'aku akan memalingkan hati orang yg sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yg benar dari (memahami) ayat2 ku (yg menunjukkan kekuasaan ku), itulah balasan & tempat kembali mereka adalah neraka"   BARISAN KEDUA: di iringi dari kubur dlm bentuk babi hutan datang seruan Allah "mereka orang yg meringan2kan solat sewaktu hidup, sesungguhnya orang yg memelihara solat 5 waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya, mereka yg mengabaikan maka waktu dia mati, mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk." Rasulullah saw bersabda "sesungguhnya seorang hamba apabila dia ber...

10 Tips Melegakan Stress..

Image
bangun awal - luang masa sejam sebelum ahli keluarga yang lain bangun untuk menguruskan sepanjang hari nanti berkongsi beban tugasan anda dengan keluarga dan rakan kerja berehat seketika walaupun hanya 10 minit untuk melegakan otak atau menyedut nafas dalam-dalam peruntukkan masa untuk bersenam jangan fikir atau melakukan sesuatu kerja terlalu banyak dalam satu masa tidak ada salahnya jika anda tidak melakukan sesuatu dengan sempurna sepenuhnya belajar untuk berkata tidak elakkan menyesakkan fikiran dengan perkara yang remeh-temeh sesekali berehat dengan mendengar muzik yang mendamaikan mengambil sikap mudah memaafkan orang lain dan yang paling utama, bagi melegakan stress adalah dengan solat sunat, membaca Al-Quran, berzikir dan mengingati Allah..pasti tenang kembali...