Khasiat Kacang Soya..

Ia mengandungi 50 peratus protein bagi setiap 100gram kacang soya iaitu 2 kali ganda lebih dari kacang tanah, 11 kali lebih daripada susu dan 3 kali lebih daripada telur.
Soya juga kaya dengan bahan mineral seperti calcium, sodium, magnesium, iron dan phosphorous. Selain itu, soya juga kaya dengan pelbagai vitamin seperti vitamin A, B, C, dan D serta lecithin.
Ianya boleh dijadikan bahan pengganti susu bagi bayi yang mempunyai alahan terhadap susu lembu. Di samping itu, protein soya boleh mengurangkan risiko penyakit kanser dan jantung.
Kelebihan kacang soya juga memudahkan proses pencernaan dan mengandungi semua asid amino yang diperlukan untuk membina dan membaiki tisu badan yang rosak serta membekalkan tenaga.
Kacang soya merupakan sejenis kekacang yang sangat selamat, berzat, dan sesuai untuk semua lapisan umur.
petikan: drhpm.com
Comments
Post a Comment