Kenali Tangisan Bayi

baby wajihuddin nangis, nak umie dukung.. cian die :) Bayi menangis kerana kurang selesa atau inginkan sesuatu. Punca -punca tangisan seperti lapar susu, kesejukan, kehangatan atau keletihan mudah dikenal pasti kerana bayi akan berhenti menangis apabila kehendaknya ditunaikan. Adakalanya, bayi menangis walaupun setelah kehendaknya ditunaikan. Bayi juga akan menangis apabila terasa sakit di bahagian telinga atau mata, gatal-gatal, sakit di bahagian usus, luka di bahagian dubur, sakit pada buah zakar, penyakit lembam lapisan otak (meningtis), sakit dan bengkak sendi-sendi, sakit dalam mulut, hidung tersumbat dan sebagainya. Jika anda mengesyaki bahawa tangisan bayi anda mungkin disebabkan oleh sesuatu penyakit, segeralah dapatkan nasihat doktor untuk memastikan sama ada anak anda sihat atau sebaliknya . Memberi bayi puting, membelai dan menepuk-nepuknya sambil mengucapkan kata-kata yang lembut boleh meredakan keadaan. Bayi gemar dibaringkan sama ada didalam buaian atau...