Pages

Sunday, February 12

Kenali Tangisan Bayi

 
baby wajihuddin nangis, nak umie dukung.. cian die :)

Bayi menangis kerana kurang selesa atau inginkan sesuatu. Punca -punca tangisan seperti lapar susu, kesejukan, kehangatan atau keletihan mudah dikenal pasti kerana bayi akan berhenti menangis apabila kehendaknya ditunaikan. Adakalanya, bayi menangis walaupun setelah kehendaknya ditunaikan.

Bayi juga akan menangis apabila terasa sakit di bahagian telinga atau mata, gatal-gatal, sakit di bahagian usus, luka di bahagian dubur, sakit pada buah zakar, penyakit lembam lapisan otak (meningtis), sakit dan bengkak sendi-sendi, sakit dalam mulut, hidung tersumbat dan sebagainya. Jika anda mengesyaki bahawa tangisan bayi anda mungkin disebabkan oleh sesuatu penyakit, segeralah dapatkan nasihat doktor untuk memastikan sama ada anak anda sihat atau sebaliknya.

Memberi bayi puting, membelai dan menepuk-nepuknya sambil mengucapkan kata-kata yang lembut boleh meredakan keadaan. Bayi gemar dibaringkan sama ada didalam buaian atau di atas riba ibu sambil dihenjut-henjutkan. Bayi juga suka didokong. Dia dapat merasakan kelembutan, kehangatan badan serta degupan jantung si ibu.  Dalam posisi ini, bayi kadangkala boleh tidur dengan nyenyaknya. Kadangkala, jika tangisan bayi tidak juga reda walaupun setelah bermacam-macam perkara dilakukan untuk memujuknya, biarkanlah sahaja dia beberapa ketika.

Sesetengah ibu menyatakan bahawa bayi mereka akan berhenti menangis dan tidur nyenyak apabila dibawa bersiar-siar didalam kereta.  Bayi yang banyak tidur pada waktu siang hari dan berjaga serta menangis pada malam hari boleh diubah waktu tidurnya.  Jika dia dibiarkan tidur selama tiga jam pada waktu siang, kemudian dikejutkan untuk diberikan susu, dimandikan atau dilayani, kemungkinan tidurnya akan lebih nyenyak dimalam hari. 

Sumber: hamidarshat.com






0 comments:

Post a Comment

 
pregnancy

Sedang Online

widget