Tuesday, August 31

Isteri Sebagai Penyejuk Hati..


Alhamdulillah..hari ini ayu berpeluang berkongsi sesuatu dengan semua..ayu cuma ingin berkongsi tentang isteri sebagai penyejuk hati buat seorang suami..semoga kita dapat mengambilnya sebagai panduan dalam melayari bahtera rumahtangga yang mawaddah wa rahmah..

Isteri yang solehah..
sentiasa taat kepada Allah dan patuh dengan RasulNya..
Suami yang tersalah sentiasa diberi maaf..

Cemburu dengan suami tiada dalam sikapnya..
Kepulangan suami disambut senyum penuh hormat..
Kekurangan yang diberi dari suaminya, tidak pernah ia menyangkalnya..
Merasa puas dengan pemberian suami..

Kesalahan suami didoakan pada Tuhannya..
Dengan suami sentiasa berbaik sangka..
Redha dengan pemberian sekalipun banyak kekurangan..

Sentiasa simpati dengan kesusahan suaminya..
Kebuntuan suami diberi semangat dengan kata-katanya..
Suami mendapat semangat dari isteri yang bertimbangrasa..

Suami mendapat inspirasi apabila bersamanya..
Begitulah sifat isteri yang solehah..
Susah senang diharungi dengan bahagia..
Cemburu tiada dalam kamus hidupnya..
Suami pun cinta dan bertimbangrasa padanya..

0 comments:

Post a Comment

 

Sedang Online

widget