Pages

Thursday, December 30

Dahsyatnya Api Neraka


Api ialah haba yang panas. Ia mempunyai cahaya dan warna yang berbeza-beza mengikut sebanyak mana tenaga yang ada di dalamnya. Contohnya, api yang berwarna biru lebih panas dari api yang berwarna merah.

Setiap sesuatu yang Allah jadikan pasti tidak sia-sia. Tentu ada manfaatnya yang tersendiri. Begitu juga api. Kita memerlukan api untuk memasak, memberi cahaya, memanaskan badan, mencairkan berbagai-bagai logam, membakar dan lain-lain kegunaan lagi. Begitu baiknya Allah memenuhi keperluan hamba-hambaNya.

Terdapat satu lagi api yang lebih panas daripada api dunia, iaitu api di neraka. Api neraka ini Allah sediakan untuk manusia yang derhaka terhadap perintah dan laranganNya.

Api didalam dunia ini menmpunyai sejarahnya yang menarik. Di waktu Nabi Adam as di turunkan kebumi,baginda meminta api dari Allah swt. Lalu allah swt memerintah malaikat jibril memintanya dari malaikat Malik yang menjaga neraka. Malaikat Malik bertanya, “berapa banyak yang engkau mahu?”
“sebesar buah kurma sahaja” jawab Jibril.
“jika aku berikan sebesar itu, nescaya akan hancur luluhlah seluruh tujuh lapis langit dan bumi” jelas malaikat Malik.
“kalau begitu berilah separuh” kata Jibril pula.
“kalau separuh pun, nescaya akan kering segala air dilangit dan akan mati segala tumbuh-tumbuhan di bumi.”
Selepas mendengar jawapan malaikat Malik, Jibril lantas bertanya kepada Allah. Jawab Allah, ambillah sebesar zarah (atom).”

Jibril lalu mengambil dan merendamnya sebayak 70 kali di 70 sungai. Kemudian api itu di letakkan di puncak sebuah gunung. Tiba-tiba gunung itu menjadi cair dan terbakar. Malaikat Jibril pun memulangkan api sebesar zarah itu ke dalam neraka. Yang tinggal hanyalah asap yang melekat di batu-batu dan kayu-kayu. Api dari asap itulah yang kita gunakan hari ini. Begitulah Maha HebatNya Allah raja segala raja. Dia pemilik mutlak alam ini.

0 comments:

Post a Comment

 
pregnancy

Sedang Online

widget