Posts

Showing posts from January, 2011

Satu Rasa Dua Hati & Seiring Sejalan..

Image
1 baru selesai membaca buku SATU RASA DUA HATI .. Penulis : Pahrol Mohd Juoi "perkahwinan...ia boleh menjadi kebun percintaan, boleh juga menjadi pusara percintaan! " untuk memperoleh lebih banyak buku tulisan beliau, klik disini .. 2 sedang membaca buku bertajuk SEIRING SEJALAN .. Keluaran Alaf21 Seiring Sejalan merangkumi pelbagai ilmu rumah tangga termasuk tip, panduan dan cara untuk mengekalkan ikatan perkahwinan supaya sentiasa aman, ceria dan seterusnya dapat membina sebuah keluarga yang bahagia.. :)

Ya Allah...

Image

Masih Disisi..

Image
Baju Impian.. Aku Sering Terkenangkan.. Sepi Itu.. Tiada Siapa Yang Tahu.. Bagai Mencari Cahaya.. Dimalam Yang Kelam.. Impian Hadir..Terus Berharap.. Namun Ku Lelah Kerna Sendiri.. Tanpa Hadirmu.. Aku Sendiri.. Masih Sendiri.. Pasrahlah.. Kerna Yang Esa Masih Disisi..

I Love Cat...

Image
my luvly cat.. :) sah!! kena samak kucing ni.. 

Muhammad Nur Irfan Muhamad Najib..

Image
26 Januari 2011

Hijrah Itu Perlu..

Image
22 Januari 2011 2.00 petang lori dari KL sampai di Kem Akademi Azam, Kuantan..

Inspirasi Hati..

Image
Bila sendirian fikiranku buntu Mengingati dirimu Dikau tiada lagi di sisiku Hatiku sayu bertambah pilu Kasih kau inspirasiku Kau mengajarku erti kehidupan ini Takkan ku lupakan nasihatmu Kerna ianya berguna untukku Seringkali ku berdoa pada-Nya Agar tabah menyusuri hidup ini Ya ALLAH berilah ku kekuatan Untuk tempuhi dugaan yang mencabar Sekiranya ku mendapat pengganti Ku harapkan insan seperti mu oh kasih Banyak membantu dan mendorongku Menjadi hamba yang taat kepada-NYa Walaupun kini dikau tiada lagi Tapi hati ku tetap kepadamu Kenangan bersama subur mewangi Takkan luput dari ingatanku Takkan luput dari ingatan ku...

Insan Bernama Kekasih..

Image
Debar hatiku membisik rindu Ingin aku katakan kau gadis idaman Adakah mungkin kau kumiliki Untuk aku jadikan insan bernama kekasih Keayuan yang tergambar lukisan nur iman Bersulamkan keindahan santun perkataan Bagai putih salju mendinginkan hangat perasaan Mengusir segala resah dijiwa Ku sampaikan salam ucapan mesra Dan merisik khabar berita Masihkah ada peluang Untukku melafazkan cinta Umpama rembulan jatuh ke riba Mendengar khabaran darinya Padaku kau memendam rasa Pada Mu oh TUHAN Ku memohon keredhaan Nur kasih yang ku damba Kekal hingga ke syurga Hanya satu yang ku pinta kebaikan dariNya Moga dipeliharakan tulus cinta kita Agar kukuh ikatan yang murni bahagia selamanya Dengan lafaz pernikahan yang mulia Datanglah kasihmu ke dalam diriku Menghiasi ruang hatiku Akanku sambutnya dengan Sujud penuh kesyukuran Ku harap jalinan kan berpanjangan Selagi kasih yang terbina...

Pusat Latihan Akademi Azam..

Image
Assalamualaikum wbt... Hari ni, 21 Januari 2011.. Pusat Latihan Akademi Azam..

Madah Untuk Ibu..

Image
Ibu.. Jika tidak keranamu yang melahirkanku.. Maka tidak ku kenali akan hidup ini.. Ibu.. Kasih dan sayangmu pada seorang anak.. Kau sanggup berkorban biar kau dalam serba kekurangan.. Ibu.. Kini, dewasalah seorang anak.. Tanpa kau di sisiku.. Melihat segala keindahan dunia ini.. Aku merasa pilu.. Mengenangkan jasa-jasamu.. Ketika membesarkan aku.. Ibu.. Benarlah syurga itu dibawah tapak kakimu.. Demikian tingginya darjatmu.. Selagi hayatku masih ada.. Kau tiada kulupakan..

Pelita Hidup..

Image
Hidup ini umpama lampu dinding.. Yang dinyalakan di malam hari.. Apabila minyak sudah kering.. Ia kan pasti padam sendiri.. Demikian hidup manusia.. Selama hidup didunia ini.. Bila dah cukup umur usia.. Putuslah hubungan disana-sini.. Setelah kita tingggalkan dunia.. Alam yang lain pula menanti.. Apakah kita dapat kurnia.. Itu melihat amal dan bakti.. Disana insan cemas dan bimbang.. Tak dapatlah dibuat alasan.. Buruk dan baik akan ditimbang... Kedua-duanya dapat balasan..

Rantai Sayidatina Fatimah

Image
sekadar gambar hiasan Pada suatu hari, datang seorang pengemis kepada Rasulullah saw. Rasulullah saw menyuruh pengemis itu berjumpa anak baginda, Sayidatina Fatimah. Setelah berjumpa Sayidatina Fatimah, pengemis itu menceritakan tentang segala kesusahannya. Pengemis itu bercadang untuk pulang ke negerinya jika mempunyai wang. Sayidatina Fatimah merasa kasihan melihat nasib pengemis itu. Lalu, beliau menyuruhnya tunggu sebentar. Sebenarnya, beliau tidak mempunyai apa-apa di rumahnya. Yang ada hanya kain lampin buruk anaknya. Sayidatina Fatimah berfikir, kain ini manalah cukup untuk membeli makanan, apatah lagi untuk pulang ke negerinya. Tiba-tiba teringat Sayidatina Fatimah tentang rantai rantai emas yang dipakainya. Rantai tersebut di serahkan kepada pengemis itu tanpa berfikir panjang. Pengemis itu kemudian berjumpa Rasulullah saw dan memberitahu hadiah yang di berikan oleh Sayidatina Fatimah. Apabila Rasulullah saw melihat rantai itu,...

Warkah Buat Bakal Suamiku

Image
  Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Assolatuwassalam, selawat dan salam buat junjungan mulia, Muhammad saw Kekasih Istimewa. Salam Sejahtera buat calon suamiku, moga Allah sentiasa merahmati dan memberkati dirimu yang tidak pernah kutemui, namun doaku tidak pernah putus mengiringi setiap langkahmu demi meraih keredhaanNya… “Seindah hiasan dunia adalah wanita solehah,” Kumulakan warkah ini dengan bait indah yang ditinggalkan Rasulullah saw kepada seisi alam. Wanita solehah! Idaman semua muslimin di alam maya ini.. Alhamdulillah, itulah anjuran Islam yang kita cintai, pilihlah wanita yang mampu menyejukkan pandanganmu dan juga baitul muslim yang bakal dibina tika sampai saat itu, insyaAllah. Calon zaujku, ”Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..” Telah dinukilkan panduan sepanjang zaman, itulah lirikan uta...

Anak Yatim Yang Bertuah

Image
  Suatu pagi hari raya, Rasulullah saw berjalan ke masjid untuk solat sunat hari raya. Di pertengahan jalan, baginda bertembung dengan sekumpulan kanak-kanak yang sedang bermain. Mereka kelihatan sungguh gembira. Tiba-tiba baginda terpandang seorang kanak-kanak lelaki yang berdiri tidak jauh dari situ. Pakaiannya compang camping. Wajahnya muram. Air matanya kelihatan bergenang. “Wahai anak kecil, kenapa engkau menangis? Kenapa engkau tidak bermain dengan mereka?” Tanya Rasulullah mengusap kepalanya. “Pakcik, ayah saya telah mati semasa bersama tentera Rasulullah. Ibu saya pun kahwin lain. Ayah tiri tidak membenarkan saya tinggal di rumah. Kini saya tiada tempat tinggal. Tidak ada makanan dan minuman. Saya sedih apabila melihat kegembiraan kawan-kawan, mereka untung sebab mempunyai ayah,” kata kanak-kanak itu dengan hibanya. “Wahai anak, sudikah engkau jika aku  menjadi ayahmu, Aisyah menjadi ibumu, Ali pula menjadi pakcikmu,...

Aku Hanyalah Seorang Hamba

Image
  Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual. Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan "Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga. Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang." Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, "Belum ada sarapan ya Khumaira?" (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Waha...