Debar hatiku membisik rindu
Ingin aku katakan kau gadis idaman
Adakah mungkin kau kumiliki
Untuk aku jadikan insan bernama kekasih
Keayuan yang tergambar lukisan nur iman
Bersulamkan keindahan santun perkataan
Bagai putih salju mendinginkan hangat perasaan
Mengusir segala resah dijiwa
Ku sampaikan salam ucapan mesra
Dan merisik khabar berita
Masihkah ada peluang
Untukku melafazkan cinta
Umpama rembulan jatuh ke riba
Mendengar khabaran darinya
Padaku kau memendam rasa
Pada Mu oh TUHAN
Ku memohon keredhaan
Nur kasih yang ku damba
Kekal hingga ke syurga
Hanya satu yang ku pinta kebaikan dariNya
Moga dipeliharakan tulus cinta kita
Agar kukuh ikatan yang murni bahagia selamanya
Dengan lafaz pernikahan yang mulia
Datanglah kasihmu ke dalam diriku
Menghiasi ruang hatiku
Akanku sambutnya dengan
Sujud penuh kesyukuran
Ku harap jalinan kan berpanjangan
Selagi kasih yang terbina
Kerana cinta kepadaNya
Kau ku sayangi teman sejati
Dikaulah sesungguhnya
Insan bernama kekasih
0 comments:
Post a Comment