Pages

Thursday, January 13

Rantai Sayidatina Fatimah

sekadar gambar hiasan

Pada suatu hari, datang seorang pengemis kepada Rasulullah saw. Rasulullah saw menyuruh pengemis itu berjumpa anak baginda, Sayidatina Fatimah.

Setelah berjumpa Sayidatina Fatimah, pengemis itu menceritakan tentang segala kesusahannya. Pengemis itu bercadang untuk pulang ke negerinya jika mempunyai wang. Sayidatina Fatimah merasa kasihan melihat nasib pengemis itu. Lalu, beliau menyuruhnya tunggu sebentar. Sebenarnya, beliau tidak mempunyai apa-apa di rumahnya. Yang ada hanya kain lampin buruk anaknya. Sayidatina Fatimah berfikir, kain ini manalah cukup untuk membeli makanan, apatah lagi untuk pulang ke negerinya.

Tiba-tiba teringat Sayidatina Fatimah tentang rantai rantai emas yang dipakainya. Rantai tersebut di serahkan kepada pengemis itu tanpa berfikir panjang. Pengemis itu kemudian berjumpa Rasulullah saw dan memberitahu hadiah yang di berikan oleh Sayidatina Fatimah.

Apabila Rasulullah saw melihat rantai itu, air mata Rasulullah saw berlinangan. “betapa baiknya hati Sayidatina Fatimah,” kata hati baginda. Rantai emas tersebut di bawa oleh pengemis itu kerumah seorang saudagar. Dia mahu menjual rantai itu. Saudagar itu bertanya dari mana pengemis itu mendapat rantai berkenaan. “dari Fatimah”, jawabnya. Saudagar itu terus membeli rantai tersebut dan diri khadam itu juga diserahkan untuk berkhidmat kepad Sayidatina Fatimah.

Saudagar itu berfikir, sungguh mulia hati Sayidatina Fatimah. Saudagar itu memanggil khadamnya dan menyuruhnya supaya menyerahkan rantai itu kembali kepada Sayidatina Fatimah.

Setelah menyerahkan dirinya dan rantai itu, Sayidatina Fatimah pula berkata, “mulai hari ini aku bebaskan kau.” Maka bebas pula khadamnya dengan hati yang gembira.

#petikan dari sebuah blog

0 comments:

Post a Comment

 
pregnancy

Sedang Online

widget