Pages

Sunday, February 6

Calon-Calon Isteri Khalifah..


Abu Said Al-Khudri bercerita:

Rasulullah s.a.w. bersabda: Saat aku memasuki syurga dalam perjalanan Isra' Mi'raj dan aku berjalan di bawah pohon besar yang sangat lebat buahnya. Aku lalu memetik sebijik dari buah-buah itu , lalu ia memecah menjadi empat bahagian .Dari setiap dari buah itu keluar pula seorang bidadari , sekiranya ia mengjengukkan wajahnya keluar ,niscaya akan terfitnah sekalian penduduk langit dan bumi.Sekiranya mereka mengeluarkan tangannya,maka reduplah sinar matahari dan bulan.Dan sekiranya mereka tersenyum,niscaya seluruh langit dan bumi menjadi harum baunya.

Aku lalu bertanya:"Untuk siapakah dirimu ini?"

Orang pertama diantara mereka pun menjawab:"Hamba adalah calon isteri bagi Abu Bakar As-Shiddiq."

"Baiklah,kini pergilah anda ke istana yang disediakan untuk suamimu itu,"kataku kepadanya.

Kemudian aku berpaling pula kepada yang lain,lalu bertanya soalan yang sama.Orang kedua pula menjawab:Hamba adalah calon isteri bagi Umar bin Al-Khattab!"

"Baiklah, sekarang pergilah ke istana yang telah dikhususkan untuk bakal suamimu."kataku pula.

Aku berpaling kepada yang ketiga lalu bertanya,"Untuk siapakah diri anda ini?"."Hamba ini adalah untuk orang yang telah dipenuhi segala tubuhbadannya dengan darah kesyahidan.Dia itu adalah Usman bin Affan!"jawabnya.

"Baik,sekarang pergilah anda ke istana yang disiapkan untuk suamimu itu,"kataku kepadanya.

Lalu aku berpaling pula kepada orang yang keempat,lalu menanyakan soalan yang sama yaitu:"Siapa pula orang yang akan memilikimu?"

Bidadari yang keempat itu mendiamkan diri sejenak.Setelah itu dia berkata kepadaku:"Wahai Rasulullah! Sesungguhnya Allah Ta'ala telah menciptakan hamba sama seperti kecantikan bentuk dan rupa puterimu Siti Fatimah,kemudian Allah telah memberi hamba nama yang sama dengan Siti Fatimah,lalu Dia telah mengahwinkanku dengan Ali bin Abu Talib r.a. seribu tahun lebih dahulu daripada Ali mengahwinkan puterimu Siti Fatimah."

Demikianlah mereka itu adalah khalifah-khalifah Nabi s.a.w. dan sahabat-sahabatnya serta pembantu-pembantunya.Mereka sekalian akan berkumpul dengan baginda di syurga yang tinggi.

Moga-moga Allah meridhai mereka sekalian, dan meridhai kita juga..


0 comments:

Post a Comment

 
pregnancy

Sedang Online

widget