Wednesday, February 16

Kemana Menghilangnya Kasih Sayang..?



Assalamualaikum wbt..

Saya datang lagi ke laman blog ini dengan menulis entri yang baru untuk diselitkan dalam Diari Ayu Umairah.. ke mana menghilangnya kasih sayang.. kepada siapa..? Allah? Rasulullah saw..? ibu bapa..? Suami isteri..? haiwan..? setiap insan di dunia pasti ini dikurniakan kasih sayang di hatinya oleh Maha Pencipta..tidak kiralah mereka itu percaya kepada tuhan apa sekalipun.. kasih sayang tetap ada..

Tapi, di akhir zaman ini, terlalu banyak yang kita lihat menghilangnya kasih sayang.. sama ada kepada Allah, Rasulullah, sesama manusia dan haiwan.. ramai yang tahu Allah itu ada tapi masih meninggalkan suruhanNya.. ramai yang kata mengasihi Rasulullah, tapi masih tidak mengamalkan sunnah baginda.. apalagi tindak tanduk kita kepada sesama manusia dan haiwan..

Pendorong saya untuk menulis entri ini apabila melihat kasih sayang antara haiwan.. haiwan yang tidak dikurniakan akal oleh Allah, masih memiliki sifat kasih sayang kepada ibu atau anaknya.. betapa hebat kasih sayang antara haiwan ini, tetapi lebih hebat lagi Pencipta kasih sayang tersebut.. Subhanallah...




Gambar ni diambil ketika berada di P.L.A.A, Pantai Sepat.. ibu lembu ni cari anaknya yang ketinggalan jauh dalam kumpulan.. hebat.. lembu juga tahu mengasihi anak.. tersentuh juga hati bila tengok.. akhirnya jumpa.. :')..

0 comments:

Post a Comment

 

Sedang Online

widget