Sunday, February 13

Kesetiaanku Hanya Untukmu..


6


"hati dan rindu ini hanya satu.. dan yang satu itu kuserahkan untukmu "

Keluaran: NSCR
Novelis: Juriah Ishak

Izani, mendambakan kasih keluarga namun dia tersisih dari perhatian mereka. Walaupun berkebolehan dalam akademiknya, namun dek kemiskinan yang menjerut, dia terpaksa melepaskan cita-cita. 

Perkenalan dengan Anwar merupakan titik perubahan dalam hidupnya. Dia hampir diperkosa. Dek merasakan dirinya sudah tidak berguna, Izani bertindak melarikan diri ke Kuala Lumpur. Sementelah lagi Izad, lelaki yang dicintainya akan berkahwin dengan Hajar.

Kehidupan ini memang aneh. Kita tidak pernah menjangkakan sesuatu yang mendatangi hidup ini. Begitulah juga dengan Izani. Dia tidak pernah mengimpikan mahligai yang dibina, sengsara bak neraka. Bukankah wanita datangnya dari tulang rusuk lelaki yang bengkok? Namun apabila peribadi suaminya sendiri tidak terpelihara, bagaimanakah Izani dapat mengharungi dunia ini? Bertimpa-timpa kesedihan yang mendatangi hidupnya sehingga Izani tidak betah bernafas.


0 comments:

Post a Comment

 

Sedang Online

widget