Pages

Thursday, February 17

Manfaat Daun Bawang..


Entri kali ni, adalah tentang kesihatan iaitu manfaat dari daun bawang.. daun bawang ni bukan saja dimasukkan dalam masakan sup, tetapi ada juga yang menjadikan daun bawang sebagai ulam.. jom kita baca manfaat daun bawang kepada kesihatan..

Daun bawang yang merupakan tanaman semusim ini termasuk dalam spesies spermatophyte. Pohonnya tumbuh sekitar 60-70 c.

Kandungan dan sifat
Daun dan umbi daun bawang mengandung saponin, tanin serta daunnya juga mengandungi minyak atsiri. Berkhasiat diuretic, diaforetik dan antiradang. Kegunaan daun bawang antara lain adalah seperti berikut.

1. Perut kembung
Cuci sekitar 15 gr bawang daun segar, potong-potong seperlunya. Rebus dengan 2 gelas air selama 15 minit sampai air tinggal 1 gelas. Dinginkan, tapis, lalu diminum.

2. Sesak napas kerana selsema
Masukkan rajangan daun bawang mentah ke dalam wadah dan campur dengan air panas. Kemudian hiruplah wapnya. Lakukan hal ini beberapa kali sampai hidung terasa lega.

3. Bengkak dan bisul
Ambil beberapa helai daun bawang, campur dengan sedikit air, ramas-ramas sampai lembut. Tempelkan remasan itu pada bisul atau bahagian tubuh yang bengkak.

4. Gigitan serangga
Potong daun bawang, gunakan sebagai ubat luar yang ditempelkan pada bahagian tubuh yang disengat lebah, gigitan serangga atau gatal berbintik-bintik merah.

5. Batuk & selsema
Buatlah jus dari 4 helai bawang daun ukuran besar ditambah 1 liter air panas. Tapis, lalu minumlah.

6. Sengal sendi
Seduhlah kulit luar bawang daun yang sudah dibersihkan secukupnya. Buatlah semacam teh hangat yang akan memperbaiki sirkulasi darah, khususnya untuk yang sengal sendi.

0 comments:

Post a Comment

 
pregnancy

Sedang Online

widget