Sayidina Umar Al-Khattab adalah kahlifah kedua dalam Islam. Beliau adalah seorang pemimpin yang adil dan sangat kuat beribaah kepada Allah swt.
Pada suatu hari seorang sahabat terkejut melihat beliau terketar-ketar dan menggigil ketika berwudu’. Sahabat itupun bertanya: “Wahai Amirul Mukminin, mengapa tuan kelihatan menggigil? Adakah tuan sakit?”
Sayidina Umar menjawab, “Aku tidak sakit. Sebenarnya aku menggigil ketika hendak berwudu’ ini kerana aku begitu cemas dan bimbang kalau-kalau ibadahku ini tidak diterima oleh Allah swt.”
Walaupun Sayidina Umar Al-Khattab ini adalah seorang sahabat Rasulullah saw yang telah dijamin akan masuk syurga, namun begitu beliau tetap taat beribadah dan sangat menjaga ibadahnya.
0 comments:
Post a Comment