Pages

Saturday, February 5

Nabi Isa as Dengan Burung..

KETIKA Nabi Isa as mengajak kaumnya supaya beriman dan bertaqwa kepada Allah swt, banyak rintangan dan halangan yang diterima olehnya.

Ramai diantara kaumnya iaitu kaum bani israil yang menurut pengajarannya. Ada di antaranya yang menjadi pengikut setia di gelar Hawariyun. Mereka tetap bersama-sama Nabi Isa as memasuki kampong dan desa menjelajah kota-kota besar untuk menyampaikan seruan dan perintah Allah swt.

Untuk meyakinkan lagi kaum-kaum yang menentangnya, allah swt menganugerahkan mukjizat yang luar biasa kepada Nabi Isa as. Salah satu daripada mukjizat itu ialah keupayaan Nabi Isa as menjadikan burung dari tanah liat. Baginda telah mengepalkan seketul tanah lalu ditiupnya. Tanah yang di tiupnya itu segera menjadi burung berterbangan riang, bersiul-siulan serta beranak-pinak.

0 comments:

Post a Comment

 
pregnancy

Sedang Online

widget