3
rasa tersangat sayang buku ni sebab ada sentimental value.. buku ni sebenarnya hak milik arwah ayahanda yang telah dibeli oleh arwah pada 22 April tahun 2000..sekarang menjadi milik saya, tetapi suatu hari sekiranya saya juga telah dijemput Ilahi, semoga buku ini berguna untuk yang masih ada..semoga Allah cucurkan rahmat dan kasih sayangNya buat arwah ayahanda dan bonda.. aamiin..
Tajuk Buku: Panduan Beramal Ibadah
Keluaran: Darul Nu'Man
Buku ini merupakan panduan ringkas namun meliputi fadhilat dan kaifiat dalam mengerjakan lebih 50 jenis ibadah sunat dan wajib, disamping 40 doa pilihan yang menjadi warisan mulia dan unggul Rasulullah saw untuk dihayati dan diamalkan oleh umat Islam.
Membimbing adab-adab beribadah, tahlil, wirid serta zikir-zikir dan selawat Nabi. Disertai 16 jenis solat sunat seperti Rawatib, Tahajjud, Tasbih, Hajat, Tarawih, Witir, Isyraq, Dhuha, AidilAdha, dan lain-lain serta Solat Jenazah.
Dilengkapkan dengan ibadah puasa sunat seperti puasa sunat Rejab, Sya'ban, Syawwal, Zulhijjah dan Muharram. Kemudian disertai adab-adab membaca Al-Quran dan fadhilat membaca surah-surah pilihan sujud tilawah dan sebagainya. Semoga ada manfaatnya, InshaAllah.
0 comments:
Post a Comment