Pages

Thursday, February 17

Siapa Suka Makan Pedas..?



Ehem.. ehem.. siapa suka makan pedas ya..? Saya, saya suka makan pedas.. :) rupa-rupanya makan makanan pedas ni ada kebaikannya.. nak tahu apa manfaatnya..? jom kita baca entri di bawah ni..

Makanan pedas tak selalu diertikan sebagai makanan yang diolah dengan cili. Rasa pedas juga boleh didapatkan dari merica, lada hitam, kunyit, dan pelbagai bumbu dapur lain. Anda yang menyukai makanan pedas boleh merasa senang, kerana rasa pedas ini mempunyai banyak manfaat kesihatan. Misalnya, seperti telah sering disebutkan sebelumnya, makanan pedas boleh menguruskan badan. Namun itu hanya salah satu contohnya saja. Cuba lihat manfaat lain yang belum anda ketahui.

1. Menurunkan berat badan

Menurunkan berat badan. Siapapun pasti setuju, makanan apapun yang diberi sambal pasti akan lebih menggugah selera. Bila anda mahu, makanan diet anda pun boleh diberi sambal. Kalau hal ini boleh membuat anda tertib menyantap makanan sihat dengan lebih berselera, kenapa tidak? Lagi pula, rasa pedas itu boleh meningkatkan metabolisme anda. Kajian menunjukkan bahawa senyawa utama dalam cili, iaitu kapsaisin, memiliki kesan termogenik yang boleh menyebabkan tubuh membakar kalori saat mengunyah selama 20 minit.


2. Menyihatkan jantung

Menyihatkan jantung. Hasil kajian juga menunjukkan, budaya mengonsumsi makanan pedas menyebabkan insiden serangan jantung dan stroke yang lebih rendah. Alasannya, cili merah boleh mengurangi kesan merosak dari kolesterol jahat, sedangkan kapsaisin boleh melawan peradangan. Keduanya merupakan faktor risiko untuk masalah jantung.


3. Mencegah Kanser

Mencegah kanser. Menurut American Association for Cancer Research, kapsaisin juga memiliki kemampuan membunuh beberapa sel kanser dan leukimia. Sedangkan kunyit, yang dijadikan bumbu kari dan mustar, boleh memperlambat penyebaran kanser dan pertumbuhan tumor. Bila ingin memberikan hasil maksima, kombinasikan dengan lada hitam untuk menyerap kunyit 2.000 persen lebih banyak.


4. Menurunkan Tekanan Darah

Menurunkan tekanan darah. Vitamin A dan C mampu menguatkan dinding otot jantung, sementara panas dari lada meningkatkan aliran darah ke seluruh tubuh. Kombinasi hal ini boleh menghasilkan sistem kardiovaskular yang lebih kuat.


5. Mengurangi Stress

Mengurangi stress. Makanan pedas meningkatkan produksi hormon yang memberikan rasa menyenangkan, seperti serotonin. Hasilnya, makanan ini membantu mengusir depresi dan stress.



0 comments:

Post a Comment

 
pregnancy

Sedang Online

widget