Pages

Wednesday, March 2

Aku Berdoa Untuk Seorang Lelaki..



Ya Rabbi..
Aku berdoa untuk seorang lelaki..
Yang akan menjadi sebahagian dari hidupku.. 
Seorang lelaki yang sungguh mencintaiMu lebih dari segala sesuatu..
Seorang lelaki yang akan meletakkanku..
Pada kedudukan kedua di hatinya setelah engkau..

Seorang lelaki yang hidup bukan untuk
dirinya sendiri tetapi untukMu..
Seorang lelaki yang mempunyai sekeping hati..
Yang sungguh mencintai dan dahaga..
 
Akan Engkau...

Seorang lelaki yang mengetahui bagi
siapa dan..
Untuk apa dia hidup, sehingga hidupnya
tidaklah sia2..
Seorang lelaki yang memiliki hati yang bijak..
Dan bukan sekadar otak yang cerdas...


Seorang lelaki yang tidak hanya
mencintaiku..
Tetapi juga menghormati aku..
 
Seorang lelaki yang tidak hanya memujaku.. 
Tetapi dapat juga menasihatiku ketika aku berbuat salah..

Seorang lelaki yang mencintaiku..
 
Bukan kerana kecantikanku tetapi kerana hatiku..
Seorang lelaki yang dapat menjadi
sahabat terbaikku..
Dalam tiap waktu dan situasi..


Seorang lelaki yang dapat membuatku..
Berasa sebagai seorang wanita ketika berada disisinya..
Seorang lelaki yang memerlukan sokonganku sebagai peneguhnya..

Seorang lelaki yang memerlukan doaku
untuk kehidupannya..
Seorang lelaki yang memerlukan senyumanku untuk mengatasi kesedihannya..
Seorang lelaki yang memerlukan diriku
untuk..
Membuat hidupnya menjadi sempurna..


Sesungguhnya aku amat menyayanginya..
Amat menyintai dirinya.. 
Seorang lelaki yang diciptakan untuk membahgiakanku..
Suamiku..
 

0 comments:

Post a Comment

 
pregnancy

Sedang Online

widget