Tuesday, March 1

Cantiknya Seorang Wanita Itu..


Cantiknya seorang wanita itu, sebagai gadis.. bukan kerana merah kilau lipstik pada bibir memekar senyum kosmetik..Cantik seorang wanita itu, sebagai remaja.. tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah.. Cantik seorang wanita itu, sebagai anak.. tidak menjerat diri pada kedurhakaan..

Cantik seorang wanita itu, sebagai isteri
.. merempuh badai di sisi suami.. Cantik seorang wanita itu, sebagai menantu.. menjauhi persekongkolan ipai lamai.. Cantik seorang wanita itu, sebagai ibu.. membuai anak, kala suami menjalin mimpi.. Cantik seorang wanita itu, sebagai mentua.. telus hati mengagih kasih setara pada semua..

Cantik seorang wanita itu sebagai nenek.. menyaring teladan para anbia buat cucu-cicit.. Cantik seorang wanita itu, sebagai warganegara.. peka membela nasib dan maruah negara.. Cantik seorang wanita itu, sebagai warga tua.. menghitung hari dengan selembar mashaf..
 
Cantik seorang wanita itu, sebagai intelektualis.. menyala obor mewangi setanggi profesionalis.. Cantik seorang wanita itu, sebagai akidah solehah.. mengandam rinduh kekasih pasrah di atas sejadah..



0 comments:

Post a Comment

 

Sedang Online

widget