Pages

Wednesday, March 2

Solat Salah Arah Kiblat..



Berkaitan arah kiblat Ulama fiqih sepakat bahawa ia merupakan syarat sah solat berpandukan ayat dlm surah al-Baqarah ayat 144 :- "Sungguh Kami (sering) melihat mukamu menengadah ke langit, maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah mukamu ke arah Masjidilharam. Dan di mana saja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Al Kitab (Taurat dan Injil) memang mengetahui, bahwa berpaling ke Masjidilharam itu adalah benar dari Tuhannya; dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang mereka kerjakan. "
Oleh itu para Imam Mazhab yang empat sepakat bahawa berijtihad untuk menentukan arah kiblat adalah wajib bagi mengetahui dalil atau petunjuk arah kiblat ini manakala yang buntu mencari sebarang petunjuk maka dia boleh berijtihad menentukan arah kiblat.
Abdullah Ibn Amir Ibn Rabiah menceritakan dari ayahnya: Kami pernah keluar bersama Rasullullah SAW disatu malam yang sangat gelap dan tiada siapa yang dapat mempastikan arah Kiblat maka kami melaksanakan solat dengan arah yang berbeza2. Dipagi harinya kami mengadu hal ini kepada Rasul SAW ketika itu turun ayat surah al-Baqarah ayat 115 : "Dan kepunyaan Allah-lah timur dan barat, maka ke mana pun kamu menghadap di situlah wajah Allah. Sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmat-Nya) lagi Maha Mengetahui."
Oleh itu sesiapa yang menunaikan solat ketika sudah berusaha menentukan arah kiblat yang betul tapi ternyata salah arahnya ia tidak perlu mengulangi solatnya namun jika sebelum solatnya selesai ia mengetahui arah kiblat yang betul maka ia mesti segera mengadap arah kiblat tersebut.

0 comments:

Post a Comment

 
pregnancy

Sedang Online

widget