Wednesday, May 20

Masak Lemak Labu


Assalamualaikum wbt..

Masak lemak labu ni salah satu favourite ayu.. Memang berselera sangat makan dengan ikan kering + ikan goreng.. Tambah pula dengan sambal belacan.. Memang terangkatlah.. hehe.. Mudah je nak buat masak lemak labu ni.. Bawah ni bahan dan cara memasaknya.. Gambar bawah ni pinjam dalam web rasa.. hihi.. Ayu tak sempat snap gambar..


Bahan-bahan:
1/2 biji labu [buang kulit dan potong kiub]
1 kotak santan pekat 200ml
50 gram ikan bilis [ditumbuk]
10 gm belacan [ditumbuk] - taknak masukkan pun takpe..
5 biji bawang merah [ditumbuk]
2 helai daun kunyit [dipotong halus]
1/2 sudu teh serbuk kunyit
garam secukup rasa

Cara memasak:
1. Masukkan labu yang telah dipotong dan air ke dalam periuk
2. Masak sehingga labu empuk [tekan guna garfu]
3. Masukkan bahan yang telah ditumbuk dan biarkan seketika
4. Masukkan santan bersama daun kunyit dan serbuk kunyit
5. Masukkan garam secukup rasa dan biarkan mendidih
6. Sedia dihidangkan

Mudah kan..? Jom lah kita cuba.. hehe..








0 comments:

Post a Comment

 

Sedang Online

widget