Pages

Sunday, January 9

Anak Yatim Yang Bertuah

 
Suatu pagi hari raya, Rasulullah saw berjalan ke masjid untuk solat sunat hari raya. Di pertengahan jalan, baginda bertembung dengan sekumpulan kanak-kanak yang sedang bermain. Mereka kelihatan sungguh gembira. Tiba-tiba baginda terpandang seorang kanak-kanak lelaki yang berdiri tidak jauh dari situ. Pakaiannya compang camping. Wajahnya muram. Air matanya kelihatan bergenang.

“Wahai anak kecil, kenapa engkau menangis? Kenapa engkau tidak bermain dengan mereka?” Tanya Rasulullah mengusap kepalanya.

“Pakcik, ayah saya telah mati semasa bersama tentera Rasulullah. Ibu saya pun kahwin lain. Ayah tiri tidak membenarkan saya tinggal di rumah. Kini saya tiada tempat tinggal. Tidak ada makanan dan minuman. Saya sedih apabila melihat kegembiraan kawan-kawan, mereka untung sebab mempunyai ayah,” kata kanak-kanak itu dengan hibanya.

“Wahai anak, sudikah engkau jika aku  menjadi ayahmu, Aisyah menjadi ibumu, Ali pula menjadi pakcikmu, Hassan dan Hussien menjadi saudara lelakimu dan Fatimah sebagai saudara perempuanmu?” Tanya Rasululah sambil memegang bahu kanak-kanak itu.

“Sudah tentu Ya Rasulullah.”

Barulah kanak-kanak itu tahu dihadapannya itu adalah Rasulullah saw. Rasulullah pun membawa kanak-kanak itu pulang ke rumah Aisyah ra. Rasulullah saw memakaikannya baju cantik, minyak wangi dan memberinya makan. Setelah itu, dia pun bermain degan kawan-kawannya dengan gembira.

“Hei, tadi awak menangis, kenapa sekarang awak sangat gembira?” Tanya kawan-kawannya dengan hairan.

“Sekarang saya telah kenyang. Saya tidak yatim piatu lagi. Bagaimana saya tidak gembira?” jelasnya.

Begitulah pengasihnya Rasulullah saw kepada anak yatim. Oleh itu, kita juga patut mencontohi Rasulullah iaitu dengan mengasihi kawan-kawan kita yang sudah menjadi yatim piatu. Gembirakanlah mereka di hari raya sama ada memberi hadiah, menjamu mereka dan sebagainya.

#petikan dari sebuah blog

2 comments:

  1. alllah memeberi dugaan kepadaku hidp tanpa ayah pada umur n19 tahun , si kecil ini tidak mempunyai ayah pada umur nya kecil sangat :)

    ReplyDelete
  2. ayu juga diberi ujian kehilangan ibu ketika 12 tahun dan kehilangan ayah ketika 16 tahun.. mmg terlalu berat dugaan.. semoga mereka berdua tenang bersamaNya.. Aamiin..

    ReplyDelete

 
pregnancy

Sedang Online

widget