Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajiantentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanyatubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan casnegatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat,sudah tentu banyak tenaga digunakan. Dalam proses pembakaran tenaga,banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkanketidakseimbangan dalam tubuh kita. Ketidakseimbangan cas dalam badanmenyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian.Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikankesegaran tubuh ke tahap normal.
Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor inimengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima waktuyang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kitabertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solatberjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhantapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itumempunyai berbagai kelebihan.
Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengantubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkankembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yangberlebihan - sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yangberkurangan akan ditarik ke dalam badan kita. Semakin lama pergeseran iniberlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita. Menurut beliau lagi, setiapkali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelahberehat beberapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dannegatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagiproses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu,solat Subuh didirikan 2 rakaat.
Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas inikembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Olehitu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yangdisyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-casberkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruangyang lebih kepada proses pertukaran cas dalam tubuh. Situasi yang samaturut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketikamenyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangancas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yangdikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas denganlebih lama.
Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagimelakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yangdiperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanyadikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenagayng kurang berbanding 2 waktu sebelumnya. Timbul persoalan di fikiranprofessor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat. Logiknya, padawaktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidakmemerlukan proses pertukaran cas yang banyak. Setelah kajian lanjut,didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakaatdalam solat Isyak.
Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agarmampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solatIsyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan sertamemberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail). Dalam kajiannya,professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap danistimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmahynag tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri.Beliau merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alamini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.
0 comments:
Post a Comment