Posts

Showing posts from February, 2011

Amalan Minum Air Panas..

Image
Serangan Jantung dan Amalan Minum Air Panas .... Artikel ini berguna untuk semua.   Bukan sahaja amalan meminum air panas selepas makan, tetapi berhubung SERANGAN JANTUNG!!!! Secara logik, mungkin ada kebenarannya. . Orang-orang China dan Jepun mengamalkan minum teh panas sewaktu makan... dan bukannya air berAIS.  Mungkin sudah tiba masanya kita meniru amalan minum air panas sewaktu menikmati hidangan!!!! Kita tidak akan kehilangan apa-apa... malah akan mendapat faedah dari amalan ini. Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca.  Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan.   Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita. Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan  menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan  menuju ...

Gizi Seimbang...

Image
Untuk menjaga kesihatan tubuh kita, pengambilan gizi yang seimbang adalah sangat diperlukan. Entri kali ini, saya sentuh berkenaan gizi pemakanan yang seimbang. Semoga bermanfaat. Pola makan yang tidak baik adalah dengan mengambil makanan berikut dengan jumlah yang banyak seperti makanan tinggi lemak, tinggi garam, tinggi gula tetapi rendah serat dan vitamin. Contoh  makanan di dalam kategori tersebut adalah ayam goreng, daging burger, kentang goreng, sate kambing dan sebagainya yang berkaitan. Ini kerana makanan tersebut dikhuatiri mudah diserang jantung koroner, gagal ginjal, hipertensi, diabetes dan lain-lain. Gizi seimbang adalah pola pemakanan yang seimbang antara zat gizi yang diperoleh dari aneka makanan yang memenuhi keperluan zat gizi untuk hidup sihat, cerdas dan produktif. Pola pemakanan sehari-hari adalah terdiri daripada:   1. makanan pokok sumber karbohidrat / klori 2. lauk pauk sumber protein 3. sayur-sayuran sumber vitamin dan mineral 4. bu...

Kuseru Nur Kasih..

Image
7 Keluaran: PTS Litera Novelis: Noorfadzillah Omar Sinopsis: Ya Rabbi, benarkah cinta sesama insan itu mensyaratkan kesempurnaan fizikal. Kesempurnaan seorang Hawa. Kesempurnaan sifat mulia. Bagaikan Khadijah di mata Rasulullah. Ibarat kasih sayang Fatimah Az-Zahra. Berikanlah aku petunjuk-Mu. Suburkanlah jua cintaku pada-Mu. Abadikanlah kasih-Mu di jiwaku. Yasmin gadis kampung yang teguh imannya berhijrah ke bandar kerana cita-cita. Jiwanya yang sensitif dan merendah diri bagai ditiup dengan kata azimat apabila Yusri Erdhan muncul. Amylea bekas tunangan Yusri hadir dan membuat onar. Namun, Tuhan lebih tahu apa yang lebih baik untuk hamba-Nya.

Manfaat Daun Bawang..

Image
Entri kali ni, adalah tentang kesihatan iaitu manfaat dari daun bawang.. daun bawang ni bukan saja dimasukkan dalam masakan sup, tetapi ada juga yang menjadikan daun bawang sebagai ulam.. jom kita baca manfaat daun bawang kepada kesihatan.. Daun bawang yang merupakan tanaman semusim ini termasuk dalam spesies spermatophyte . Pohonnya tumbuh sekitar 60-70 c. Kandungan dan sifat Daun dan umbi daun bawang mengandung saponin, tanin serta daunnya juga mengandungi minyak atsiri. Berkhasiat diuretic , diaforetik dan antiradang. Kegunaan daun bawang antara lain adalah seperti berikut. 1. Perut kembung Cuci sekitar 15 gr bawang daun segar, potong-potong seperlunya. Rebus dengan 2 gelas air selama 15 minit sampai air tinggal 1 gelas. Dinginkan, tapis, lalu diminum. 2. Sesak napas kerana selsema Masukkan rajangan daun bawang mentah ke dalam wadah dan campur dengan air panas. Kemudian hiruplah wapnya. Lakukan hal ini beberapa kali sampai hidung terasa lega. 3. Ben...

InshaAllah - Versi Bahasa Melayu (Maher Zain)

Image
Jom kita dengar lagu InshaAllah versi Melayu dari Maher Zain.. :)  Andainya.. Kau rasa tak berupaya.. Hidup sendirian tiada pembela.. Segalanya suram bagai malam yang kelam.. Tiada bantuan, tiada tujuan.. Jangan berputus asa.. Kerana Allah bersamamu.. InshaAllah..3x.. Ada jalannya.. (2x) Andainya.. Kesalmu berulang lagi.. Bagai tiada ruang untuk kembali.. Tika keliru atas kesilapan lalu.. Membelenggu hati dan fikiranmu.. Janganlah berputus asa.. Kerana Allah bersamamu… InshaAllah..3x Ada jalannya... (2x) Kembalilah kepada Yang Esa.. Yakin padanya panjatkanlah doa.. Ya Allah.. Pimpin daku dari tersasar.. Tunjukkan daku ke jalan yang benar.. Jalan yang benar..3x InshaAllah..3x.. Ada jalannya.. (6x)

Siapa Suka Makan Pedas..?

Image
Ehem.. ehem.. siapa suka makan pedas ya..? Saya, saya suka makan pedas.. :) rupa-rupanya makan makanan pedas ni ada kebaikannya.. nak tahu apa manfaatnya..? jom kita baca entri di bawah ni.. Makanan pedas tak selalu diertikan sebagai makanan yang diolah dengan cili. Rasa pedas juga boleh didapatkan dari merica, lada hitam, kunyit, dan pelbagai bumbu dapur lain. Anda yang menyukai makanan pedas boleh merasa senang, kerana rasa pedas ini mempunyai banyak manfaat kesihatan. Misalnya, seperti telah sering disebutkan sebelumnya, makanan pedas boleh menguruskan badan. Namun itu hanya salah satu contohnya saja. Cuba lihat manfaat lain yang belum anda ketahui. 1. Menurunkan berat badan Menurunkan berat badan. Siapapun pasti setuju, makanan apapun yang diberi sambal pasti akan lebih menggugah selera. Bila anda mahu, makanan diet anda pun boleh diberi sambal. Kalau hal ini boleh membuat anda tertib menyantap makanan sihat dengan lebih berselera, kenapa tidak? Lagi pu...

Kemana Menghilangnya Kasih Sayang..?

Image
Assalamualaikum wbt.. Saya datang lagi ke laman blog ini dengan menulis entri yang baru untuk diselitkan dalam Diari Ayu Umairah.. ke mana menghilangnya kasih sayang.. kepada siapa..? Allah? Rasulullah saw..? ibu bapa..? Suami isteri..? haiwan..? setiap insan di dunia pasti ini dikurniakan kasih sayang di hatinya oleh Maha Pencipta..tidak kiralah mereka itu percaya kepada tuhan apa sekalipun.. kasih sayang tetap ada.. Tapi, di akhir zaman ini, terlalu banyak yang kita lihat menghilangnya kasih sayang.. sama ada kepada Allah, Rasulullah, sesama manusia dan haiwan.. ramai yang tahu Allah itu ada tapi masih meninggalkan suruhanNya.. ramai yang kata mengasihi Rasulullah, tapi masih tidak mengamalkan sunnah baginda.. apalagi tindak tanduk kita kepada sesama manusia dan haiwan.. Pendorong saya untuk menulis entri ini apabila melihat kasih sayang antara haiwan.. haiwan yang tidak dikurniakan akal oleh Allah, masih memiliki sifat kasih sayang kepada ibu atau anaknya.. bet...

Pemergianmu, Rasulullah saw...

Image
Salam Maulidur Rasul buat semua.. hayatilah lagu nyanyian kumpulan InTeam ini.. (Ya Rasulallah...) Kau masih tersenyum mengubat lara Selindung derita yang kau rasa Senyuman yang mententeramkan Setiap insan yang kebimbangan Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita Di pangkuan isterimu Humaira Menunggu saat ketikanya Diangkat rohmu bertemu Yang Esa Tangan dicelup di bejana air Kau sapu di muka mengurangkan pedih Beralun zikir menutur kasih Pada umat dan akhirat Dan tibalah waktu ajal bertamu Penuh ketenangan jiwamu berlalu Linangan air mata syahdu Iringi pemergianmu Oh sukarnya untuk umat menerima Bahkan payah untuk Umar mempercaya Tetapi iman merelakan jua Bahawa manusia ?kan mati akhirnya Tak terlafaz kata mengungkap hiba Gerhanalah seluruh semesta Walaupun kau telah tiada Bersemarak cintamu selamanya Ya Rasulallah Kau tinggalkan kami warisan yang abadi Dan bersaksilah sesungguhnya Kami merinduimu .. KHUTBAH...

Kuantan - Kuala Lumpur - Kuantan..

Image
dalam perjalanan ke Kuantan, jam 12.00 am   singgah di Tol Gombak :) sampai di Kuantan jam 4.00 am..

Kesetiaanku Hanya Untukmu..

Image
6 "hati dan rindu ini hanya satu.. dan yang satu itu kuserahkan untukmu " Keluaran: NSCR Novelis: Juriah Ishak Izani, mendambakan kasih keluarga namun dia tersisih dari perhatian mereka. Walaupun berkebolehan dalam akademiknya, namun dek kemiskinan yang menjerut, dia terpaksa melepaskan cita-cita.  Perkenalan dengan Anwar merupakan titik perubahan dalam hidupnya. Dia hampir diperkosa. Dek merasakan dirinya sudah tidak berguna, Izani bertindak melarikan diri ke Kuala Lumpur. Sementelah lagi Izad, lelaki yang dicintainya akan berkahwin dengan Hajar. Kehidupan ini memang aneh. Kita tidak pernah menjangkakan sesuatu yang mendatangi hidup ini. Begitulah juga dengan Izani. Dia tidak pernah mengimpikan mahligai yang dibina, sengsara bak neraka. Bukankah wanita datangnya dari tulang rusuk lelaki yang bengkok? Namun apabila peribadi suaminya sendiri tidak terpelihara, bagaimanakah Izani dapat mengharungi dunia ini? Bertimpa-timpa kesedihan yang mend...

Kasih Dihujung Rindu..

Image
5 "adakah cinta ini satu kesilapan?" Keluaran: NSCR Novelis: Suria Shafie Farah dan Khairul bertemu kembali selepas beberapa tahun terputus hubungan. Namun, tika itu Khairul sudah bergelar duda anak dua selepas kematian isterinya, Linda. Pertemuan itu menyemarakkan kembali bibit-bibit cinta yang pernah bercambah dihati Farah.Malah, hatinya turut pilu mengenangkan anak-anak Khairul yang ketandusan kasih sayang seorang ibu. Mereka akhirnya berkahwin, tetapi keputusannya mengahwini Khairul dirasakan tidak tepat kerana lelaki itu masih dibayangi memori indahnya bersama Linda. Farah tetap bersabar dan berusaha mempertahankan perkahwinannya itu. Namun begitu, hanya kerana fitnah oleh ibu mertua yang tidak merestui perkahwinan mereka, Farah diusir keluar oleh Khairul. Tika itu Khairul tidak mengetahui bahawa Farah sedang hamil. Pada saat cinta mereka kian bersatu, Farah telah kembali kepadaNya dengan meninggalkan sebutir permata yang tidak te...

Quran Saintifik..

Image
4 Buku ini dibeli pada 25 Januari 2008, selepas mendengar ceramah daripada penulisnya iaitu Dr. Danial Zainal Abidin.. ceramah bertajuk Quran Saintifik ni disampaikan oleh beliau di Universiti Utara Malaysia.. masa tu saya di tahun 3, semester 6.. tak silap saya ceramah tu dibuat di DKG 3.. sangat menarik cara penyampaiannya apalagi berkenaan kebenaran dan mukjizat Al-Quran.. Keluaran: PTS Millennia Sdn Bhd Meneroka Kecemerlangan Quran Daripada Teropong Sains..

Panduan Beramal Ibadah..

Image
3 rasa tersangat sayang buku ni sebab ada sentimental value.. buku ni sebenarnya hak milik arwah ayahanda yang telah dibeli oleh arwah pada 22 April tahun 2000..sekarang menjadi milik saya, tetapi suatu hari sekiranya saya juga telah dijemput Ilahi, semoga buku ini berguna untuk yang masih ada..semoga Allah cucurkan rahmat dan kasih sayangNya buat arwah ayahanda dan bonda.. aamiin.. Tajuk Buku: Panduan Beramal Ibadah Keluaran: Darul Nu'Man Buku ini merupakan panduan ringkas namun meliputi fadhilat dan kaifiat dalam mengerjakan lebih 50 jenis ibadah sunat dan wajib, disamping 40 doa pilihan yang menjadi warisan mulia dan unggul Rasulullah saw untuk dihayati dan diamalkan oleh umat Islam. Membimbing adab-adab beribadah, tahlil, wirid serta zikir-zikir dan selawat Nabi. Disertai 16 jenis solat sunat seperti Rawatib, Tahajjud, Tasbih, Hajat, Tarawih, Witir, Isyraq, Dhuha, AidilAdha, dan lain-lain serta Solat Jenazah. Dilengkapkan dengan ibadah pu...

Makanan Mengurangkan Kolestrol..

Image
Berikut ini disenaraikan 10 jenis makanan yang boleh mengurangkan kolestrol. Lepas-lepas ni, bolehlah perbanyakkan memakan makanan yang sepeti ini. 1. SOYA Kacang soya merupakan makanan popular yg diproses untk mendapatkan Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian.Ia juga dpt menghidarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya kalsium & Mineral yg membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL) 2. KUACI Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dgn zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol. 3. BUAH KERING Antar pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan leb...

Berkorban Apa Saja..

Image
Berkorban apa saja Harta atau pun nyawa Itulah kasih mesra Sejati dan mulia Kepentingan sendiri Tidak diingini Bahagia kekasih Saja yang diharapi Berkorban apa saja Harta atau pun nyawa Itulah kasih mesra Sejati dan mulia hmm... hmm... hmm... Untuk menjadi bukti Kasih yang sejati Itulah tandanya Jika mahu diuji Berkorban apa saja Harta atau pun nyawa Itulah kasih mesra Sejati dan mulia