Posts

Khasiat & Kelebihan Minyak Zaitun

Image
Makanlah minyak zaitun dan lumurlah minyaknya, kerana ia berasal daripada pohon yang penuh berkat. (Riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah) Minyak zaitun untuk tujuan perubatan:  Minyak zaitun yang tulen adalah ekstrak pertama buah zaitun tanpa penggunaan bahan kimia atau haba bagi memastikan kadar asid yang rendah. Hanya minyak zaitun tulen mempunyai serangan terhadap penyakit. Minyak ini dikenali di pasaran sebagai 'Virgin Olive Oil'. Minyak zaitun dara atau ekstrak pertama. Minyak zaitun yang terbaik di dunia adalah minyak zaitun Syam as Syarif. Ini kerana buah zaitun di dalam Surah at Tin menurut tafsiran Imam Hasan al Basri RA: Tin: Sebuah bukit terletak berdekatan kota Damascus: Jabal Qasiyoun . Zaitun: Sebuah bukit yang terletak di Baitul Muqaddis...Kedua-dua tempat ini terletak di negeri Syam.   Antara kegunaan minyak zaitun Untuk awet muda, anti penuaan dan menyerikan wajah : Disapu di wajah sebelum tidur. Untuk mengatasi masalah kulit muka berjer...

Masak Lemak Labu

Image
Jom tengok resepi Masak Lemak Labu. Gambar bawah ni pinjam dalam web RaSa.. 😅 Ayu tak sempat snap gambar.. Bahan-bahan: 1/2 biji labu [buang kulit dan potong kiub] 1 kotak santan pekat 200ml 50 gram ikan bilis [ditumbuk] 10 gm belacan [ditumbuk] - taknak masukkan pun takpe.. 5 biji bawang merah [ditumbuk] 2 helai daun kunyit [dipotong halus] 1/2 sudu teh serbuk kunyit garam secukup rasa Cara memasak: 1. Masukkan labu yang telah dipotong dan air ke dalam periuk 2. Masak sehingga labu empuk [tekan guna garfu] 3. Masukkan bahan yang telah ditumbuk dan biarkan seketika 4. Masukkan santan bersama daun kunyit dan serbuk kunyit 5. Masukkan garam secukup rasa dan biarkan mendidih 6. Sedia dihidangkan Mudah kan..? Jom lah kita cuba.. 😁

Agar-Agar Pandan Santan

Image
Assalamualaikum wbt... Hari ni terasa macam nak buat agar-agar pandan santan.. Dah lama nak buat, tapi asyik tangguh je.. Lagipun abg wajihuddin suka sangat makan agar-agar ni.. tak sabar2 dia suruh potong agar-agar.. Agar-agar pandan santan ni sangat senang nak membuatnya.. Bahan-bahannya pun mudah nak dapat.. Jom kita tengok bahan-bahan yang diperlukan untuk buat agar-agar ni.. 200g agar-agar 4 cawan air 1 cawan air pandan 2 cawan gula Sedikit pewarna epal hijau 1 biji telur 2 cawan santan Mudah je kan nak cari bahan-bahan ni... bila dah sedia semua bahan, jom kita mula buat.. 1. Masukkan agar-agar, air, air pandan dan gula ke dalam periuk.. Masak sehingga agar-agar hancur.. 2. Setelah agar-agar hancur, masukkan pewarna hijau.. 3. Sambil mengacau bahan-bahan tadi, hancurkan telur dan masukkan dalam bekas santan.. Setelah itu, masukkan ke dalam periuk.. 4. Kacau adunan sehingga menggelegak.. Lepas tu dah boleh tutup api.. Boleh terus tuangkan ke dalam loyang....

Mengajar Anak Menggunakan Tandas

Image
Pada umur bilakah waktu paling sesuai nak ajar anak ke tandas??   Mesti ramai ibu2 di luar sana berfikir, bila masa yang sesuai nak ajar anak ke tandas dan hentikan anak dari memakai lampin pakai buang. 1 tahun, 1 tahun 1/2, 2 tahun atau pun biarkan sampai anak sendiri tahu nak ke tandas. Sebenarnya tiada umur khusus nak ajar anak buang air sendiri ke tandas. Walaupun ada sumber mengatakan umur paling sesuai adalah 2 tahun kerana pada peringkat ini anak2 kebanyakkannya dah pandai bercakap.  Ummi ada search ttg cara menghentikan lampin pakai buang ni..Antara cara-cara yang digunakan adalah: Peringkat Pertama Jangan pakaikan lampin pada waktu siang. Semasa pakaikan baju selepas mandi pagi pesan pada anak macam ni, "Sayang, kalau nak kencing cakap tau... takpun terus pergi toilet. Jangan kencing dalam seluar tau." dan sebagainya. Pesan banyak kali dan jgn bosan untuk pesan kat anak. Lama kelamaan dia akan ingat. Terapkan perasaan malu pada anak. Boleh cakap pada anak ma...

Tips Mudah Untuk Kurus..

Image
Berikut adalah 10 tips mudah cara untuk kurus yang boleh dilakukan dalam kehidupan seharian anda. 🚨 Jadikan air masak sebagai minuman utama . Semasa sarapan, teruskan minum jus oren atau kopi/teh kegemaran anda. Tapi selepas itu, pastikan anda hanya minum air masak dan bukannya air jus/manis/berkarbonat/tin. Kajian mendapati secara purata orang ramai minum hampir 245 kalori berlebihan sehari daripada air jus/manis/berkarbonat/tin. Ianya hampir 90,000 kalori setahun bersamaan 11 kilo tambahan kepada berat badan! 🚨 Makan 5-6 hidangan kecil berbanding 3 hidangan besar sehari.  Kajian mendapati mereka yang membahagikan hidangan makan mereka akan makan kurang 30% kalori dalam hidangan berikutnya. Sebagai contoh, jika anda membahagikan sarapan anda kepada dua hidangan misalnya, satu sebelum ke tempat kerja dan satu lagi ketika rehat pagi, maka anda tidak akan makan banyak ketika waktu makan tengahari. Badan anda akan kurang mengeluarkan insulin yang mengawal kandungan gula dalam ...