Posts

Showing posts with the label Rasulullah

Akhlak Rasulullah saw Terhadap Anak Kecil

Image
[Wajihuddin 1 tahun: 16/12/2 012 ] Praktik pendidikan Nabi Muhammad SAW pada anak-anak dapat di gambarkan di bawah ini: 1. Rasulullah senang bermain-main (menghibur) dengan anak-anak dan kadang-kadang beliau memangku mereka. Beliau menyuruh Abdullah, Ubaidillah, dan lain-lain dari putra-putra pamannya Al-Abbas r.a. untuk berbaris lalu berkata, “ Siapa yang terlebih dahulu sampai kepadaku akan aku beri sesuatu (hadiah).”merekapun berlomba-lomba menuju beliau, kemudian duduk di pangkuannya lalu Rasulullah menciumi mereka dan memeluknya. 2. Ketika ja’far bin Abu Tholib r.a, terbunuh dalam peperangan mut’ah, Nabi Muhammad SAW, sangat sedih. Beliau segera datang ke rumah ja’far dan menjumpai isterinya Asma bin Umais, yang sedang membuat roti, memandikan anak-anaknya dan memakaikan bajunya. Beliau berkata, “Suruh kemarilah anak-anak ja’far. Ketika mereka dat a ng, beliau menciuminya. Sambil men i t i skan air mata. Asma bertanya kepada beliau karena te...

Peribadi Mulia Rasulullah saw..

Image
Kuliyyah maghrib oleh Ustaz Syed Al-Attar tentang keperibadian Nabi Muhammad yang patut kita kagumi dan ambil contoh.Ceritanya begini. Rasulullah s.a.w merupakan seorang yang berperibadi mulia. Selepas bersembahyang di masjid, baginda akan terus keluar mencari fakir-fakir miskin dan anak yatim tidak kira islam atau kafir untuk menghulurkan batuan termasuklah seorang tua yang kafir dan buta. Orang tua buta ini diupah oleh pihak kafir Quraisyh untuk menyebarkan berita pada setiap orang yang berjumpa dengannya dengan mengatakan "Muhammad itu penipu, Muhammad itu jahat, Muhammad itu pendusta, jauhi Muhammad". Begitulah setiap hari kerja orang tua ini memburukkan Nabi pada setiap orang. Tetapi lain pula dipihak Nabi.   Setiap hari selepas keluar dari masjid, Rasulullah akan pergi kepada orang tua buta ini untuk menyuapkan makanan dan setiap hari jugalah orang tua itu memburukkan nabi dihadapan Rasulullah sendiri. Akan tetapi keperibadiaan mulia Nabi Muhamma...

Ejekan Yang Membawa Nikmat..

Image
Kalau tidak kerana ejekan Abdurrahman bin Auf, belum tentu Miqdad bin Aswad memperolehi isteri yang cantik. Begitulah hikmahnya diejek oleh orang yang soleh.   Ketika itu mereka sedang berbincang-bincang di halaman masjid Madinah. Tiba-tiba Abdurrahman bertanya, ‘’ mengapa kau tak segera kahwin, Miqdad?   ‘Yah, mengapa kau tidak mengahwinkan aku dengan puterimu saja? jawab Miqdad.   Entah mengapa, jawapan itu membuat Abdurrahman bin Auf merasa tersinggung. Lalu Miqdad diejek dan dikata-katanya, hingga Miqdad merasa sakit hati. Maka pergilah Miqdad ke rumah Nabi Muhammad s.a.w. untuk mengadu.   Mendengar pengaduan Miqdad, Rasulullah tidak marah. Beliau menepuk bahu Miqdad, dan berkata, ‘Sudahlah Miqdad. Kau jangan cemas. Aku akan carikan untukmu, seorang isteri yang pantas bagimu.   Ternyata janji Rasulullah itu benar juga. Tidak lama kemudian, Miqdad dikahwinkan dengan puteri paman Rasulullah sendiri, iaitu Dhiba’’, seorang puteri yang c...

Diet Rasulullah saw..

Image
Tidak makan susu & daging dalam waktu yang sama Tidak makan daging & ikan dalam waktu yang sama Tidak makan ikan & susu dalam waktu yang sama Tidak makan ayam & susu dalam waktu yang sama Tidak makan ikan & telur dalam waktu yang sama Tidak makan ikan & daun salad dalam waktu yang sama Tidak makan susu & cuka dalam waktu yang sama Tidak makan buah & susu dalam waktu yang sama. Cth: Koktel  Tidak makan buah selepas makan nasi sebaliknya makan buah terlebih dahulu..  

Penawar Kepenatan..

Image
Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya. Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti. Saidina Ali berkata : "Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu." Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantu itu. Baginda s.a.w. berkata: "Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berba...

Anak Yatim Yang Bertuah

Image
  Suatu pagi hari raya, Rasulullah saw berjalan ke masjid untuk solat sunat hari raya. Di pertengahan jalan, baginda bertembung dengan sekumpulan kanak-kanak yang sedang bermain. Mereka kelihatan sungguh gembira. Tiba-tiba baginda terpandang seorang kanak-kanak lelaki yang berdiri tidak jauh dari situ. Pakaiannya compang camping. Wajahnya muram. Air matanya kelihatan bergenang. “Wahai anak kecil, kenapa engkau menangis? Kenapa engkau tidak bermain dengan mereka?” Tanya Rasulullah mengusap kepalanya. “Pakcik, ayah saya telah mati semasa bersama tentera Rasulullah. Ibu saya pun kahwin lain. Ayah tiri tidak membenarkan saya tinggal di rumah. Kini saya tiada tempat tinggal. Tidak ada makanan dan minuman. Saya sedih apabila melihat kegembiraan kawan-kawan, mereka untung sebab mempunyai ayah,” kata kanak-kanak itu dengan hibanya. “Wahai anak, sudikah engkau jika aku  menjadi ayahmu, Aisyah menjadi ibumu, Ali pula menjadi pakcikmu,...

Aku Hanyalah Seorang Hamba

Image
  Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual. Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan "Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga. Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang." Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, "Belum ada sarapan ya Khumaira?" (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Waha...

Mimpi Rasulullah saw

Image
1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat menggerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA. 2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, maka ia telah diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA. 3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah. 4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu. 5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat,setiap kali dia mend...

Mencari Kasih

Image
Pada suatu hari, seorang lelaki datang kepada Rasulullah saw. Lelaki ini ingin mendapatkan bimbingan daripada baginda. "Ya Rasulullah, tunjukkan jalan yang membolehkan Tuhan dan manusia mengasihi diri saya," tanya lelaki itu. Rasulullah saw menyambut permintaan lelaki itu dengan mesra. " Saudara, janganlah saudara kasih kepada dunia ini, nanti Tuhan pasti mengasihi saudara. dan jangan saudara tamak akan harta orang lain, nanti orang pasti akan kasih kepada saudara ". #petikan dari sebuah blog