Posts

Showing posts with the label Petua

Khasiat & Kelebihan Minyak Zaitun

Image
Makanlah minyak zaitun dan lumurlah minyaknya, kerana ia berasal daripada pohon yang penuh berkat. (Riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah) Minyak zaitun untuk tujuan perubatan:  Minyak zaitun yang tulen adalah ekstrak pertama buah zaitun tanpa penggunaan bahan kimia atau haba bagi memastikan kadar asid yang rendah. Hanya minyak zaitun tulen mempunyai serangan terhadap penyakit. Minyak ini dikenali di pasaran sebagai 'Virgin Olive Oil'. Minyak zaitun dara atau ekstrak pertama. Minyak zaitun yang terbaik di dunia adalah minyak zaitun Syam as Syarif. Ini kerana buah zaitun di dalam Surah at Tin menurut tafsiran Imam Hasan al Basri RA: Tin: Sebuah bukit terletak berdekatan kota Damascus: Jabal Qasiyoun . Zaitun: Sebuah bukit yang terletak di Baitul Muqaddis...Kedua-dua tempat ini terletak di negeri Syam.   Antara kegunaan minyak zaitun Untuk awet muda, anti penuaan dan menyerikan wajah : Disapu di wajah sebelum tidur. Untuk mengatasi masalah kulit muka berjer...

Tips Mudah Untuk Kurus..

Image
Berikut adalah 10 tips mudah cara untuk kurus yang boleh dilakukan dalam kehidupan seharian anda. 🚨 Jadikan air masak sebagai minuman utama . Semasa sarapan, teruskan minum jus oren atau kopi/teh kegemaran anda. Tapi selepas itu, pastikan anda hanya minum air masak dan bukannya air jus/manis/berkarbonat/tin. Kajian mendapati secara purata orang ramai minum hampir 245 kalori berlebihan sehari daripada air jus/manis/berkarbonat/tin. Ianya hampir 90,000 kalori setahun bersamaan 11 kilo tambahan kepada berat badan! 🚨 Makan 5-6 hidangan kecil berbanding 3 hidangan besar sehari.  Kajian mendapati mereka yang membahagikan hidangan makan mereka akan makan kurang 30% kalori dalam hidangan berikutnya. Sebagai contoh, jika anda membahagikan sarapan anda kepada dua hidangan misalnya, satu sebelum ke tempat kerja dan satu lagi ketika rehat pagi, maka anda tidak akan makan banyak ketika waktu makan tengahari. Badan anda akan kurang mengeluarkan insulin yang mengawal kandungan gula dalam ...

Tips Untuk Yang Ingin Hamil

Image
Kepada wanita yang ingin mengandung dan mendapatkan anak, disarankan agar anda mengamalkan nasihat berikut: Elakkan: Minum coca cola, pepsi cola, minuman bergas Makan junk food Segala jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah seperti jeruk mangga dan cermai Makan makanan fast food seperti KFC, Mc Donald dan PizzaHut kerana akan menambahkan hormon lelaki (prostegen) dlm badan Makan burger dan nugget Makan jambu batu Suami pula dikehendaki meminum susu kambing /susu lembu tepung fullcream atau susu segar. Kalau merokok perlu berhentikan tabiat ini. Si isteri juga perlu minum susu lembu sama ada dalam bentuk tepung fullcream atau susu segar. Dan adalah sangat digalakkan agar anda dapat mengamalkan amalan seperti dibawah ; Banyakkan menyebut nama ALLAH (Al-Musowwir).  

Makanan Untuk Ibu Dalam Pantang..

Image
Pemakanan ialah aspek yang amat penting dalam rawatan pantang bersalin. Ini kerana proses kehamilan telah mengganggu keseimbangan hormon ibu. Mereka mengalami pelbagai bentuk tekanan dan gangguan emosi akibat perubahan fizikal. Apalagi semasa melahirkan anak, tenaga dikerah dengan hebat, urat saraf banyak yang cedera dan terjadi luka di bahagian tertentu. Mengikut sesetengah petua Melayu, ibu-ibu dalam pantang disyorkan makan nasi berlaukkan ikan masin atau ikan panggang berkunyit dan meminum air mengikut sukatan jari (dua ruas jari untuk sekali minum). Akibat diet cara ini (kurang berzat dan kurang air) ibu-ibu terdedah kepada risiko penyakit buah pinggang dan tekanan darah rendah. Oleh sebab itulah makan perubatan moden menentang amalan berpantang cara Melayu. Ingin diingatkan, cara pemakanan tersebut bukanlah cara Melayu tradisional yang sejati tetapi merupakan sebahagian cara hidup mereka yang kurang berkemampuan. Jenis ikan Ibu dalam pantang dilarang memakan ikan...

Adab Ketika Menguap & Bersin

Image
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:”Sesungguhnya Allah S.W.T sukakan bersin dan benci pada menguap. Jika salah seorang kamu bersin dan memuji Allah S.W.T, hendaklah orang Islam yang mendengarnya mengucapkan “(Yarhamukallah)”. Sedangkan menguap itu adalah daripada syaitan. Maka jika seorang kamu menguap hendaklah ia mengembalikannya (menahannya) sedapat mungkin, kerana apabila kamu menguap, syaitan akan ketawa melihatnya.” Huraian : 1. Islam selaku agama yang mulia amat menekankan kesopanan dan kesantunan dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besarnya sama ada dalam pergaulan, percakapan ataupun tingkahlaku refleks seperti menguap, bersin dan sebagainya. 2. Ketika menguap terdapat adabnya yang tersendiri iaitu hendaklah meletakkan tangan di mulut ketika menguap untuk menutup pandangan yang tidak elok ketika mulut terbuka dan juga untuk menghalang sesuatu daripada masuk ke dalam mulut. Selain itu kita disuruh mengurangkan b...