Posts

Showing posts with the label Ilmu Allah

Rahsia Solat 5 Waktu..

Image
Ali bin Abi Talib r.a berkata : "Sewaktu Rasullullah saw duduk bersama para sahabat muhajirin dan ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi lalu berkata: "Ya Muhammad, kami hendak tanya kepada kamu kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa as yang tidak diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab." Lalu Rasullullah saw bersabda:   "Silakan bertanya." Berkata orang Yahudi: "Sila terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu." Sabda Rasullullah saw " Sembahyang Zuhur jika tergelincir matahari , maka bertasbihlah segala sesuatu kepada tuhanNya. Sembahyang Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam as memakan buah Khuldi . Sembahyang Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam as , maka setiap mukmin yang bersembahyang Maghrib dengan ikhlas kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulkan p...

Solat Salah Arah Kiblat..

Image
Berkaitan arah kiblat Ulama fiqih sepakat bahawa ia merupakan syarat sah solat berpandukan ayat dlm surah al-Baqarah ayat 144 :- "Sungguh Kami (sering) melihat mukamu menengadah ke langit, maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah mukamu ke arah Masjidilharam. Dan di mana saja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Al Kitab (Taurat dan Injil) memang mengetahui, bahwa berpaling ke Masjidilharam itu adalah benar dari Tuhannya; dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang mereka kerjakan. " Oleh itu para Imam Mazhab yang empat sepakat bahawa berijtihad untuk menentukan arah kiblat adalah wajib bagi mengetahui dalil atau petunjuk arah kiblat ini manakala yang buntu mencari sebarang petunjuk maka dia boleh berijtihad menentukan arah kiblat. Abdullah Ibn Amir Ibn Rabiah menceritakan dari ayahnya: Kami pernah keluar bersama Rasullul...

Janganlah..!!

Image
  Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat). Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan. Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan. Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan. Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa. Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh data...

Calon-Calon Isteri Khalifah..

Image
Abu Said Al-Khudri bercerita: Rasulullah s.a.w. bersabda: Saat aku memasuki syurga dalam perjalanan Isra' Mi'raj dan aku berjalan di bawah pohon besar yang sangat lebat buahnya. Aku lalu memetik sebijik dari buah-buah itu , lalu ia memecah menjadi empat bahagian .Dari setiap dari buah itu keluar pula seorang bidadari , sekiranya ia mengjengukkan wajahnya keluar ,niscaya akan terfitnah sekalian penduduk langit dan bumi.Sekiranya mereka mengeluarkan tangannya,maka reduplah sinar matahari dan bulan.Dan sekiranya mereka tersenyum,niscaya seluruh langit dan bumi menjadi harum baunya. Aku lalu bertanya:"Untuk siapakah dirimu ini?" Orang pertama diantara mereka pun menjawab:"Hamba adalah calon isteri bagi Abu Bakar As-Shiddiq." "Baiklah,kini pergilah anda ke istana yang disediakan untuk suamimu itu,"kataku kepadanya. Kemudian aku berpaling pula kepada yang lain,lalu bertanya soalan yang sa...

Bidadari Syurga..

Image
 sekadar gambar hiasan Sedang di sisi mereka ada pula bidadari-bidadari yang tidak menumpukan pandangannya melainkan kepada mereka, lagi yang amat indah luas matanya - As-Saffat 48 Dan di sisi mereka pula bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), lagi yang sebaya umurnya - As-Saad 52 Demikianlah keadaannya; dan Kami jadikan kawan teman mereka bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi luas cantik matanya - Ad-Dukhaan 54 Mereka duduk berbaring di atas pelamin-pelamin yang berderet; dan Kami jadikan kawan teman mereka bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi luas cantik matanya - At-Tuur 20 Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin - Ar-Rahmaan 56 Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan - Ar-Rahmaan 58 Ia itu bidada...

Kelebihan Burung Hud-Hud..

Image
Burung hud hud telah mendapat penghormatan yang besar daripada Nabi Sulaiman as kerana bercakap besar.   Tambahan pula laporan yang dibuatnya itu telah berjaya mengislamkan penduduk negeri Saba bersama ratu mereka.   Oleh itu, terlepaslah hud hud daripada di hokum oleh baginda.   Walaupun burung hud hud hanyalah seekor haiwan (burung) tetapi kerana kegigihannya mengembalikan semula manusia yang sesat ke jalan Allah (agama Islam), patut menjadi contoh kepada kita semua.   Jasanya yang besar itu juga telah mendapat penghargaan daripada Allah swt . Oleh kerana itu, Allah mengizinkan burung hud hud hidup semula dalam syurga kelak. Kisah burung hud hud dicatat oleh Alah di dalam AlQuran supaya dijadikan iktibar oleh semua manusia.

Nabi Isa as Dengan Burung..

Image
KETIKA Nabi Isa as mengajak kaumnya supaya beriman dan bertaqwa kepada Allah swt, banyak rintangan dan halangan yang diterima olehnya. Ramai diantara kaumnya iaitu kaum bani israil yang menurut pengajarannya. Ada di antaranya yang menjadi pengikut setia di gelar Hawariyun. Mereka tetap bersama-sama Nabi Isa as memasuki kampong dan desa menjelajah kota-kota besar untuk menyampaikan seruan dan perintah Allah swt. Untuk meyakinkan lagi kaum-kaum yang menentangnya, allah swt menganugerahkan mukjizat yang luar biasa kepada Nabi Isa as. Salah satu daripada mukjizat itu ialah keupayaan Nabi Isa as menjadikan burung dari tanah liat. Baginda telah mengepalkan seketul tanah lalu ditiupnya. Tanah yang di tiupnya itu segera menjadi burung berterbangan riang, bersiul-siulan serta beranak-pinak.

Adab Ketika Menguap & Bersin

Image
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:”Sesungguhnya Allah S.W.T sukakan bersin dan benci pada menguap. Jika salah seorang kamu bersin dan memuji Allah S.W.T, hendaklah orang Islam yang mendengarnya mengucapkan “(Yarhamukallah)”. Sedangkan menguap itu adalah daripada syaitan. Maka jika seorang kamu menguap hendaklah ia mengembalikannya (menahannya) sedapat mungkin, kerana apabila kamu menguap, syaitan akan ketawa melihatnya.” Huraian : 1. Islam selaku agama yang mulia amat menekankan kesopanan dan kesantunan dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besarnya sama ada dalam pergaulan, percakapan ataupun tingkahlaku refleks seperti menguap, bersin dan sebagainya. 2. Ketika menguap terdapat adabnya yang tersendiri iaitu hendaklah meletakkan tangan di mulut ketika menguap untuk menutup pandangan yang tidak elok ketika mulut terbuka dan juga untuk menghalang sesuatu daripada masuk ke dalam mulut. Selain itu kita disuruh mengurangkan b...

Rahsia 7 Hari

Image
DALAM seminggu ada tujuh hari dan setiap hari tersimpan seribu satu rahsia dan peristiwa. Ada yang indah, manis, gembira, ceria dan tidak kurang diselubungi sedih dan kedukaan.Sejarah Islam turut mencatat peristiwa menarik dan penting setiap hari yang boleh kita renung dan diambil iktibar bersama.Antaranya: Ahad – Allah menjadikan hari yang tujuh, anggota manusia yang tujuh, lautan dan bumi yang tujuh dan mencipta alam, bintang dan api neraka. Isnin – Nabi Muhammad menerima wahyu pertama dan pada hari itu juga baginda wafat. Selasa – Pembunuhan manusia pertama berlaku yang Habil dibunuh Qabil. Nabi Yahya dan Zakaria wafat dibunuh. Tukang sihir Firaun pula ditewaskan Nabi Musa. Rabu – Umat Nabi Hud yang ingkar dimusnahkan Allah dengan turunnya taufan, manakala umat Nabi Salleh dihancurkan dengan teriakan kuat Malaikat Jibril. Khamis – Nabi Muhammad mula memasuki kota Makkah, Nabi Musa dan Nabi Ibrahim berhijrah ke Me...