Posts

Showing posts with the label Iqra' Bismi Rabb

Rahmat Disebalik Dugaan..

Image
9 Sebelum saya meneruskan pembacaan dalam novel Tuhan Masih Mencintaiku , rasanya elok juga saya membaca buku ini terlebih dahulu.. Rahmat Disebalik Dugaan.. Sejak akhir-akhir ni, dugaan sering datang dalam hidup.. Itulah fitrah dalam kehidupan yang ibaratnya seperti roda, kadang kita diatas, dan kadang kita dibawah.. Kadang kita gembira, ada masanya kita berduka.. semuanya perencah dalam hidup yang menjadikan hidup lebih bermakna.. dari dugaan inilah menjadi pengalaman berharga buat kita, dan dari pengalaman inilah merupakan guru terbaik buat kita.. SABAR, itu yang paling utama.. Yakin janji Allah.. Ingatlah, setiap ujian atau dugaan itu mendekatkan diri kita kepada Allah.. dan sesudah kesusahan itu ada kesenangan.. sesudah kesedihan itu, ada kegembiraan.. Sabarlah ayu.. Tajuk: Rahmat Disebalik Dugaan Penulis: Kasmuri Selamat Keluaran: Darul Nu'man Sinopsis: Kedamaian dan ketenangan hidup merupakan harapan setiap insan, bahkan jiwa manusia mengingi...

Tuhan Masih Mencintaiku..

Image
8 Setelah selesai novel bertajuk Ku Seru Nur Kasih .. kini saya beralih ke novel baru.. nak tahu macamana jalan cerita novel ni..? Jom kita baca sinopsisnya.. :) Tajuk: Tuhan Masih Mencintaiku Novelis: Lily Haslina Nasir Keluaran: PTS Litera Ya Allah.. Apakah yang Dikau bisikkan kepadaku ketika aku jauh dariMu..? Akulah hamba yang engkar suatu ketika dahulu! Kisah lalu itu umpama dongeng yang retak seribu.. Kini aku merangkak menyusun kembali kepingan jiwa yang berkecai itu.. Tiada apa yang mampu memadamkan api neraka kecuali air mata seorang hamba yang memohon ampun dan bertaubat.. Malaikatlah saksi air mata aku seorang hamba yang bersimpuh lalu sujud kepada Allah.. Aku kasih kepada ibu tetapi susur galur lalu beri sengsara.. Aku cinta pada kerjaya namun dalam hidup kita tidak mampu memiliki semua..  

Kuseru Nur Kasih..

Image
7 Keluaran: PTS Litera Novelis: Noorfadzillah Omar Sinopsis: Ya Rabbi, benarkah cinta sesama insan itu mensyaratkan kesempurnaan fizikal. Kesempurnaan seorang Hawa. Kesempurnaan sifat mulia. Bagaikan Khadijah di mata Rasulullah. Ibarat kasih sayang Fatimah Az-Zahra. Berikanlah aku petunjuk-Mu. Suburkanlah jua cintaku pada-Mu. Abadikanlah kasih-Mu di jiwaku. Yasmin gadis kampung yang teguh imannya berhijrah ke bandar kerana cita-cita. Jiwanya yang sensitif dan merendah diri bagai ditiup dengan kata azimat apabila Yusri Erdhan muncul. Amylea bekas tunangan Yusri hadir dan membuat onar. Namun, Tuhan lebih tahu apa yang lebih baik untuk hamba-Nya.

Kesetiaanku Hanya Untukmu..

Image
6 "hati dan rindu ini hanya satu.. dan yang satu itu kuserahkan untukmu " Keluaran: NSCR Novelis: Juriah Ishak Izani, mendambakan kasih keluarga namun dia tersisih dari perhatian mereka. Walaupun berkebolehan dalam akademiknya, namun dek kemiskinan yang menjerut, dia terpaksa melepaskan cita-cita.  Perkenalan dengan Anwar merupakan titik perubahan dalam hidupnya. Dia hampir diperkosa. Dek merasakan dirinya sudah tidak berguna, Izani bertindak melarikan diri ke Kuala Lumpur. Sementelah lagi Izad, lelaki yang dicintainya akan berkahwin dengan Hajar. Kehidupan ini memang aneh. Kita tidak pernah menjangkakan sesuatu yang mendatangi hidup ini. Begitulah juga dengan Izani. Dia tidak pernah mengimpikan mahligai yang dibina, sengsara bak neraka. Bukankah wanita datangnya dari tulang rusuk lelaki yang bengkok? Namun apabila peribadi suaminya sendiri tidak terpelihara, bagaimanakah Izani dapat mengharungi dunia ini? Bertimpa-timpa kesedihan yang mend...

Kasih Dihujung Rindu..

Image
5 "adakah cinta ini satu kesilapan?" Keluaran: NSCR Novelis: Suria Shafie Farah dan Khairul bertemu kembali selepas beberapa tahun terputus hubungan. Namun, tika itu Khairul sudah bergelar duda anak dua selepas kematian isterinya, Linda. Pertemuan itu menyemarakkan kembali bibit-bibit cinta yang pernah bercambah dihati Farah.Malah, hatinya turut pilu mengenangkan anak-anak Khairul yang ketandusan kasih sayang seorang ibu. Mereka akhirnya berkahwin, tetapi keputusannya mengahwini Khairul dirasakan tidak tepat kerana lelaki itu masih dibayangi memori indahnya bersama Linda. Farah tetap bersabar dan berusaha mempertahankan perkahwinannya itu. Namun begitu, hanya kerana fitnah oleh ibu mertua yang tidak merestui perkahwinan mereka, Farah diusir keluar oleh Khairul. Tika itu Khairul tidak mengetahui bahawa Farah sedang hamil. Pada saat cinta mereka kian bersatu, Farah telah kembali kepadaNya dengan meninggalkan sebutir permata yang tidak te...

Quran Saintifik..

Image
4 Buku ini dibeli pada 25 Januari 2008, selepas mendengar ceramah daripada penulisnya iaitu Dr. Danial Zainal Abidin.. ceramah bertajuk Quran Saintifik ni disampaikan oleh beliau di Universiti Utara Malaysia.. masa tu saya di tahun 3, semester 6.. tak silap saya ceramah tu dibuat di DKG 3.. sangat menarik cara penyampaiannya apalagi berkenaan kebenaran dan mukjizat Al-Quran.. Keluaran: PTS Millennia Sdn Bhd Meneroka Kecemerlangan Quran Daripada Teropong Sains..

Panduan Beramal Ibadah..

Image
3 rasa tersangat sayang buku ni sebab ada sentimental value.. buku ni sebenarnya hak milik arwah ayahanda yang telah dibeli oleh arwah pada 22 April tahun 2000..sekarang menjadi milik saya, tetapi suatu hari sekiranya saya juga telah dijemput Ilahi, semoga buku ini berguna untuk yang masih ada..semoga Allah cucurkan rahmat dan kasih sayangNya buat arwah ayahanda dan bonda.. aamiin.. Tajuk Buku: Panduan Beramal Ibadah Keluaran: Darul Nu'Man Buku ini merupakan panduan ringkas namun meliputi fadhilat dan kaifiat dalam mengerjakan lebih 50 jenis ibadah sunat dan wajib, disamping 40 doa pilihan yang menjadi warisan mulia dan unggul Rasulullah saw untuk dihayati dan diamalkan oleh umat Islam. Membimbing adab-adab beribadah, tahlil, wirid serta zikir-zikir dan selawat Nabi. Disertai 16 jenis solat sunat seperti Rawatib, Tahajjud, Tasbih, Hajat, Tarawih, Witir, Isyraq, Dhuha, AidilAdha, dan lain-lain serta Solat Jenazah. Dilengkapkan dengan ibadah pu...

Satu Rasa Dua Hati & Seiring Sejalan..

Image
1 baru selesai membaca buku SATU RASA DUA HATI .. Penulis : Pahrol Mohd Juoi "perkahwinan...ia boleh menjadi kebun percintaan, boleh juga menjadi pusara percintaan! " untuk memperoleh lebih banyak buku tulisan beliau, klik disini .. 2 sedang membaca buku bertajuk SEIRING SEJALAN .. Keluaran Alaf21 Seiring Sejalan merangkumi pelbagai ilmu rumah tangga termasuk tip, panduan dan cara untuk mengekalkan ikatan perkahwinan supaya sentiasa aman, ceria dan seterusnya dapat membina sebuah keluarga yang bahagia.. :)