Posts

Showing posts with the label Cinta Allah

Sinar Cahaya Ayat Qursi

Image
Hikmah Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis: 1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. 2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain. 3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya. 4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur, setiap perbuatan orang yg benar, pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat. 5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginy...

Malaikat Kanan Dan Malaikat Kiri..

Image
Rasulullah s.a.w. ada bersabda, katanya, "Setiap anak Adam akan dijaga oleh dua malaikat. Malaikat yang di sebelah kanan lebih berkuasa dari yang sebelah kiri. Sekiranya seseorang anak Adam melakukan dosa maka  malaikat yang di sebelah kiri akan bertanya pada malaikat di sebelah kanan katanya, "Apakah yang harus aku catit?" Kata malaikat di sebelah kanan, "Jangan kamu catit dahulu dosanya sehingga ia melakukan 5 kesalahan. Malaikat yang di kiri bertanya lagi,"Kalau ia telah melakukan 5 kesalahan, apa yang harus aku catitkan?" Jawab malaikat kanan, "Biarkannya, sehingga ia membuat kebaikan kerana kami telah diberitahu oleh Allah s.w.t bahawa satu kebaikan akan mendapat 10 pahala. Oleh itu hapuskanlah 5 kesalahannya yang lalu sebagai tebusan dan kami masih simpankan untuknya 5 pahala lagi." Tercenganglah syaitan mendengarkannya lalu berkata, "Kalau macam ini sampai bilakah aku dapat merosakkan...

Hikmah Ujian..

Image
  YA ALLAH, KENAPA SEMUA INI TERJADI KEPADA AKU? “Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah Al-Baqarah: Ayat 216) YA ALLAH, KENAPA BERAT SANGAT UJIAN INI? “Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Surah Al-Baqarah: Ayat 286) Y A ALLAH, TERASA KEHIDUPAN INI SUDAH TIADA MAKNA LAGI “Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.” (Surah Ali Imran: Ayat 139) “…dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” (Surah Yusuf: Ayat 12) YA ALLAH, BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPI SEGALANYA INI? “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan s...

Menggigil Ketika Wuduk..

Image
            Sayidina Umar Al-Khattab adalah kahlifah kedua dalam Islam. Beliau adalah seorang pemimpin yang adil dan sangat kuat beribaah kepada Allah swt.             Pada suatu hari seorang sahabat terkejut melihat beliau terketar-ketar dan menggigil ketika berwudu’. Sahabat itupun bertanya: “Wahai Amirul Mukminin, mengapa tuan kelihatan menggigil? Adakah tuan sakit?”             Sayidina Umar menjawab, “Aku tidak sakit. Sebenarnya aku menggigil ketika hendak berwudu’ ini kerana aku begitu cemas dan bimbang kalau-kalau ibadahku ini tidak diterima oleh Allah swt.”             Walaupun Sayidina Umar Al-Khattab ini adalah seorang sahabat Rasulullah saw yang telah dijamin akan masuk syurga, namun begitu beliau tetap ...

Waktu Mustajab Untuk Berdoa

Image
Selain usaha dan tawakal, doa ialah satu-satunya cara untuk mencapai sesuatu hajat. Ada waktu-waktu tertentu paling mustajab untuk berdoa kepada ALLAH s.w.t. Di antaranya ialah:-  1. Semasa Lailatul-Qadar. 2. Ketika hujan turun. 3. Ketika memulakan dan setelah selesai solat. 4. Ketika menghadapi barisan musuh di medan peperangan. 5. Di tengah malam. 6. Di antara azan dan iqamah. 7. Ketika sujud dalam solat. 8. Ketika iktidal akhir dalam solat. 9. Ketika khatam (tamat) membawa 30 Juz al-Quran. 10. Sepanjang malam, paling utama sepertiga awal dan sepertiga akhir (waktu sahur). 11. Malam Jumaat dan sepanjang hari Jumaat kerana mengharapkan bersua dengan saat ijabah (diperkenankan doa) yang terletak di antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat. 12. Di antara waktu zuhur dan asar.   #petikan dari sebuah blog

7 Kalimat

Image
Sabda Rasulullah S.A.W: "Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut " Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini. Mengucap Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi.     

Ingatlah 5 Perkara

Image
Nabi Muhammad saw pernah mengingatkan umat-umatnya tentang kelima-lima perkara ini iaitu: 1.Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Sudah menjadi kebiasaan bagi kita menyebut atau memuji-muji orang yang berbuat baik kepada kita sehingga kadang-kadang kita terlupa hakikat bahawa terlampau banyak nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Lantaran itu, kita terlupa memuji dan menyebut-nyebut nama Allah. Makhluk yang berbuat baik sedikit kita puji habisan tapi nikmat yang terlalu banyak Allah berikan kita langsung tak ingat. Sebaik-baiknya elok dibasahi lidah kita dengan memuji Allah setiap ketika, bukan ucapan Alhamdulillah hanya apabila sudah kekenyangan hingga sedawa. Pujian begini hanya di lidah saja tak menyelera hingga ke hati. 2. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia. Dunia terlalu sedikit dibandingkan dengan akhirat. 1000 tahun di dunia setimpal dengan ukuran masa sehari di akhirat. Be...

Masuk Neraka Jika Hari Hujan

Image
  Pada setiap petang Jumaat, selepas solat Jumaat, selepas melayani parajamaah di Masjid, Imam dan putera lelakinya yang berumur 11 tahun akan keluar ke bandar untuk mengedarkan risalah bertajuk "Jalan Ke Syurga" dan juga menyampaikan ceramah agama. Pada petang Jumaat itu, seperti biasa Imam dan putera lelakinya akan keluar untuk mengedarkan risalah. Bagaimanapun pada petang tersebut keadaan di luar rumah sangat sejuk dan hujan pula turun dengan sangat lebat. Budak itu memakai baju sejuk dan baju hujan dan berkata "OK ayah, saya sudah bersedia". Ayahnya berkata "Bersedia untuk apa?". Budak itu menjawab "Ayah, masa telah tiba untuk kita keluar mengedarkan buku-buku tentang Islam ini". Ayahnya membalas "Anakku, di luar sana sangat sejuk dan hujan lebat pulak". Dengan muka yang kehairanan, budak itu bertanya ayahnya, "Tetapi ayah, adakah manusia tidak masuk neraka jika hari hujan?" Ayahnya menjawab, ...

Kisah Penjual Tempe

Image
Di kawasan pedalaman tanah Jawa, terdapat seorang wanita bernama Jumilah. Jumilah adalah seorang ahli perniagaan yang menjalankan perniagaan tempe. Setiap hari Jumilah akan membuat tempe dan menjual tempe yang menjadi di pasar. Pada suatu hari, seperti biasa Jumilah bersiap-siap untuk ke pasar, tetapi alangkah terkejutnya Jumilah apabila mendapati tempe yang dibuat dari kacang soya terpilih itu masih belum menjadi lagi dan tidak boleh dijual lagi. Jumilah kebingungan, tidak keruan apa yang patut dilakukan. Maka Jumilah menadah tangan memohon pada Tuhan agar tempenya itu menjadi kerana tiada yang mustahil bagi Tuhan untuk menjadikan sesuatu itu. Setelah selesai berdoa, Jumilah menekan-nekan tempe-tempenya di dalam bungkusan kalau-kalau sudah menjadi. Ternyata tempenya masih lagi belum menjadi. Hari semakin cerah, maka sudah tentunya orang ramai sudah mulai mengunjungi pasar. Jumilah masih lagi tidak berputus harap pada Tuhan malah dia membawa tempe-tempenya ke pasar dengan hara...

Cecahkan Dahimu Ke Sejadah

Image
Bersihkan dirimu sebelum kamu dimandikan. Berwudhu’lah kamu sebelum kamu diwudhu’kan. Dan bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan. Tutuplah auratmu sebelum auratmu ditutupkan. Dengan kain kafan yang serba putih. Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih. Walaupun orang yang hadir itu merintih.Selepas itu kamu akan diletak diatas lantai. Lalu dilaksanakan solat jenazah. Dengan empat kali takbir dan satu salam. Berserta Fatihah ,Selawat dan doa. Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah. Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus, segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup? Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud, dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput? Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian. Justeru ku menyeru sekalian Muslimin dan Muslimat. Usunglah dirimu ke tikar solat. Sebelum kamu diusung ke liang lahad. Menjadi makanan cacing dan ulat. Iringilah dirimu ke masjid. Sebelum kamu diiringi ke pusara. Tangisilah dosa-dosamu di dunia....

Kisah Cintaku Untuk Renungan Semua

Image
  Disini saya nak berkongsi cerita tentang KEKASIH saya. Saya taip huruf besar ni sebab saya terlalu sayang pada DIA. Penyayang sifatnya. Betul ni, tak tipu punya! Boleh dikategorikan cinta sejatilah ni. Apa taknya, masa saya ada masalah, minta saja bantuan pada DIA. Mesti DIA akan tolong. Bila saya susah hati, saya boleh terus mengadu pada DIA, ‘direct’! Yang seronoknya, bila saya dah mengadu pada DIA, terasa tenang aje. Jadi, sudah tentulah KEKASIH,kan? DIA kata: orang yang sabar akan sentiasa beruntung . Oleh itu, saya akan dengar segala nasihat DIA. Ishh..! beruntung betul dapat KEKASIH camni. Tak pernah nak sakitkan hati saya. Bila-bila masa aje saya boleh ‘contact’ DIA. Yang seronok tu, saya rasa DIA ada betul-betul dalam hati ni! Ye la, cinta punya pasalkan? DIA tak kisah pun kalau saya tak ingat kat DIA. Tapi rugilah saya. Sebab, kalau saya ingat & ‘contact’ DIA je, pasti macam-macam yang saya dapat. Tak kiralah, material ke, spiritual ke. Mmm.. memang KEKASIH sejatil...

Pesanan Imam Ghazali

Image
  PESANAN Imam Ghazali: Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini? Murid 1: Orang tua   Murid 2: Guru   Murid 3: Teman   Murid 4: Kaum kerabat Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185). Imam Ghazali: Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ? Murid 1: Negeri Cina Murid 2: Bulan Murid 3: Matahari Murid 4: Bintang-bintang Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari2 yg akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama. Imam Ghazali: Apa yang paling besar didunia ini ? Murid 1: Gunung Murid 2: Matahari Murid 3: Bumi Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFS...

Sucikan Hatimu

Image
  Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah. 1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih” 2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan. 3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda. 4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X. 5. Bermaaf-maafan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan. 6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jan...

Jenis Manusia Dalam Dunia

Image
  1. MEREKA YANG TIDAK ADA LIDAH DAN TIDAK ADA HATI: Mereka ini ialah orang-orang yang bertaraf biasa, berotak tumpul dan berjiwa kerdil yang tidak mengenang Allah dan tidak ada kebaikan pada mereka. Mereka ini ibarat melukut yang ringan, kecuali mereka dilimpahi dengan kasih sayang Allah dan membimbing hati mereka supaya beriman serta menggerakkan angota-anggota mereka supaya patuh kepada Allah.Berhati-hatilah supaya kamu jangan termasuk dalam golongan mereka. Janganlah kamu layan mereka dan janganlah kamu bergaul dengan mereka. Merekalah orang-orang yang dimurkai Allah dan penghuni neraka. Kita minta dilindungi Allah dari pengaruh mereka. Sebaliknya kamu hendaklah cuba menjadikan diri kamu sebagai orang yang dilengkapi dengan Ilmu Ketuhanan, Guru kepada yang baik, Pembimbing kepada agama Allah, Penyampai dan pengajak kepada manusia kepada jalan Allah. Berjaga-jagalah jika kamu hendak mempengaruhi mereka supaya mereka patuh kepada Allah dan beri amaran kepada mereka terhadap a...

Rahsia Ahli Syukur

Image
  Semoga Allah Yang Maha Menatap, Maha Gagah, Maha Menguasai segala-galanya dan mengurniakan kepada kita hati yang bersih sehingga dapat mengangkap hikmah disebalik kejadian apapun yang kita rasa dan kita saksikan, kerana penderitaan dalam hidup bukan kerana kejadian yang menimpa kita tetapi kerana kita tertutup dari hikmah. Allah mentaqdirkan apapun Maha Cermat, tidak pernah menzalimi makhluk-makhlukNya. Kita sengsara adalah kerana kita sendiri yang menzalimi diri kita. "Barangsiapa yang tidak mensyukuri nikmat Allah, sesungguhnya ia telah membuka jalan hilangnya nikmat dari dirinya. Akan tetapi barangsiapa yang mensyukuri nikmat Allah, maka sungguh ia telah memberi ikatan yang kuat pada kenikmatan Allah itu." Jadi setiap nikmat itu menjadi pembuka atau penutup pintu nikmat lainnya. Kita sering menginginkan nikmat padahal rahsia yang boleh mengundang nikmat ialah syukur atas nikmat yang ada. Jangan engkau lepaskan nikmat yang besar dengan tidak mensyukuri nikmat yang ke...