Posts

Showing posts with the label Diari Ayu Umairah

Agar-Agar Pandan Santan

Image
Assalamualaikum wbt... Hari ni terasa macam nak buat agar-agar pandan santan.. Dah lama nak buat, tapi asyik tangguh je.. Lagipun abg wajihuddin suka sangat makan agar-agar ni.. tak sabar2 dia suruh potong agar-agar.. Agar-agar pandan santan ni sangat senang nak membuatnya.. Bahan-bahannya pun mudah nak dapat.. Jom kita tengok bahan-bahan yang diperlukan untuk buat agar-agar ni.. 200g agar-agar 4 cawan air 1 cawan air pandan 2 cawan gula Sedikit pewarna epal hijau 1 biji telur 2 cawan santan Mudah je kan nak cari bahan-bahan ni... bila dah sedia semua bahan, jom kita mula buat.. 1. Masukkan agar-agar, air, air pandan dan gula ke dalam periuk.. Masak sehingga agar-agar hancur.. 2. Setelah agar-agar hancur, masukkan pewarna hijau.. 3. Sambil mengacau bahan-bahan tadi, hancurkan telur dan masukkan dalam bekas santan.. Setelah itu, masukkan ke dalam periuk.. 4. Kacau adunan sehingga menggelegak.. Lepas tu dah boleh tutup api.. Boleh terus tuangkan ke dalam loyang....

Mengajar Anak Menggunakan Tandas

Image
Pada umur bilakah waktu paling sesuai nak ajar anak ke tandas??   Mesti ramai ibu2 di luar sana berfikir, bila masa yang sesuai nak ajar anak ke tandas dan hentikan anak dari memakai lampin pakai buang. 1 tahun, 1 tahun 1/2, 2 tahun atau pun biarkan sampai anak sendiri tahu nak ke tandas. Sebenarnya tiada umur khusus nak ajar anak buang air sendiri ke tandas. Walaupun ada sumber mengatakan umur paling sesuai adalah 2 tahun kerana pada peringkat ini anak2 kebanyakkannya dah pandai bercakap.  Ummi ada search ttg cara menghentikan lampin pakai buang ni..Antara cara-cara yang digunakan adalah: Peringkat Pertama Jangan pakaikan lampin pada waktu siang. Semasa pakaikan baju selepas mandi pagi pesan pada anak macam ni, "Sayang, kalau nak kencing cakap tau... takpun terus pergi toilet. Jangan kencing dalam seluar tau." dan sebagainya. Pesan banyak kali dan jgn bosan untuk pesan kat anak. Lama kelamaan dia akan ingat. Terapkan perasaan malu pada anak. Boleh cakap pada anak ma...

Di SyurgaMu Adalah Lebih Indah

Image
Merenung kembali.. Menimbulkan pelbagai rasa.. Terlalu dhaif untuk mengerti tujuan dilahirkan kedunia.. Lantas pelbagai tindakan mengundang pertanyaan..   Mengapa begitu.. dan mengapa begini..   Tuhan mencintaiku..   Maka diberikan ujian yang tidak seberat mana.. Jika dibandingkan dengan ujian kekasihMu, Ya Allah.. Sengaja memberi alasan kerananya aku menjadi begitu.. Hakikatnya, khilaf yang dibutakan oleh mata.. Ampuni hambaMu, Ya Allah..   Tuhan masih mencintaiku..   Makanya, kebenaran menjelma.. Insan tidaklah sesempurna mana.. Cuma perlu berusaha untuk kearah kesempurnaan..   Akal, jasad, roh dan emosi dipandu sebaiknya..   Pasti bahagia mendatang.. Bukan sahaja bahagia di dunia.. Bahkan..   DisyurgaMu adalah lebih indah..

Kemana Menghilangnya Kasih Sayang..?

Image
Assalamualaikum wbt.. Saya datang lagi ke laman blog ini dengan menulis entri yang baru untuk diselitkan dalam Diari Ayu Umairah.. ke mana menghilangnya kasih sayang.. kepada siapa..? Allah? Rasulullah saw..? ibu bapa..? Suami isteri..? haiwan..? setiap insan di dunia pasti ini dikurniakan kasih sayang di hatinya oleh Maha Pencipta..tidak kiralah mereka itu percaya kepada tuhan apa sekalipun.. kasih sayang tetap ada.. Tapi, di akhir zaman ini, terlalu banyak yang kita lihat menghilangnya kasih sayang.. sama ada kepada Allah, Rasulullah, sesama manusia dan haiwan.. ramai yang tahu Allah itu ada tapi masih meninggalkan suruhanNya.. ramai yang kata mengasihi Rasulullah, tapi masih tidak mengamalkan sunnah baginda.. apalagi tindak tanduk kita kepada sesama manusia dan haiwan.. Pendorong saya untuk menulis entri ini apabila melihat kasih sayang antara haiwan.. haiwan yang tidak dikurniakan akal oleh Allah, masih memiliki sifat kasih sayang kepada ibu atau anaknya.. bet...

Kuantan - Kuala Lumpur - Kuantan..

Image
dalam perjalanan ke Kuantan, jam 12.00 am   singgah di Tol Gombak :) sampai di Kuantan jam 4.00 am..

Ya Allah...

Image

Masih Disisi..

Image
Baju Impian.. Aku Sering Terkenangkan.. Sepi Itu.. Tiada Siapa Yang Tahu.. Bagai Mencari Cahaya.. Dimalam Yang Kelam.. Impian Hadir..Terus Berharap.. Namun Ku Lelah Kerna Sendiri.. Tanpa Hadirmu.. Aku Sendiri.. Masih Sendiri.. Pasrahlah.. Kerna Yang Esa Masih Disisi..

I Love Cat...

Image
my luvly cat.. :) sah!! kena samak kucing ni.. 

Muhammad Nur Irfan Muhamad Najib..

Image
26 Januari 2011

Hijrah Itu Perlu..

Image
22 Januari 2011 2.00 petang lori dari KL sampai di Kem Akademi Azam, Kuantan..

Pusat Latihan Akademi Azam..

Image
Assalamualaikum wbt... Hari ni, 21 Januari 2011.. Pusat Latihan Akademi Azam..