Posts

Showing posts with the label Kesihatan

Khasiat & Kelebihan Minyak Zaitun

Image
Makanlah minyak zaitun dan lumurlah minyaknya, kerana ia berasal daripada pohon yang penuh berkat. (Riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah) Minyak zaitun untuk tujuan perubatan:  Minyak zaitun yang tulen adalah ekstrak pertama buah zaitun tanpa penggunaan bahan kimia atau haba bagi memastikan kadar asid yang rendah. Hanya minyak zaitun tulen mempunyai serangan terhadap penyakit. Minyak ini dikenali di pasaran sebagai 'Virgin Olive Oil'. Minyak zaitun dara atau ekstrak pertama. Minyak zaitun yang terbaik di dunia adalah minyak zaitun Syam as Syarif. Ini kerana buah zaitun di dalam Surah at Tin menurut tafsiran Imam Hasan al Basri RA: Tin: Sebuah bukit terletak berdekatan kota Damascus: Jabal Qasiyoun . Zaitun: Sebuah bukit yang terletak di Baitul Muqaddis...Kedua-dua tempat ini terletak di negeri Syam.   Antara kegunaan minyak zaitun Untuk awet muda, anti penuaan dan menyerikan wajah : Disapu di wajah sebelum tidur. Untuk mengatasi masalah kulit muka berjer...

Tips Mudah Untuk Kurus..

Image
Berikut adalah 10 tips mudah cara untuk kurus yang boleh dilakukan dalam kehidupan seharian anda. 🚨 Jadikan air masak sebagai minuman utama . Semasa sarapan, teruskan minum jus oren atau kopi/teh kegemaran anda. Tapi selepas itu, pastikan anda hanya minum air masak dan bukannya air jus/manis/berkarbonat/tin. Kajian mendapati secara purata orang ramai minum hampir 245 kalori berlebihan sehari daripada air jus/manis/berkarbonat/tin. Ianya hampir 90,000 kalori setahun bersamaan 11 kilo tambahan kepada berat badan! 🚨 Makan 5-6 hidangan kecil berbanding 3 hidangan besar sehari.  Kajian mendapati mereka yang membahagikan hidangan makan mereka akan makan kurang 30% kalori dalam hidangan berikutnya. Sebagai contoh, jika anda membahagikan sarapan anda kepada dua hidangan misalnya, satu sebelum ke tempat kerja dan satu lagi ketika rehat pagi, maka anda tidak akan makan banyak ketika waktu makan tengahari. Badan anda akan kurang mengeluarkan insulin yang mengawal kandungan gula dalam ...

Tips Untuk Yang Ingin Hamil

Image
Kepada wanita yang ingin mengandung dan mendapatkan anak, disarankan agar anda mengamalkan nasihat berikut: Elakkan: Minum coca cola, pepsi cola, minuman bergas Makan junk food Segala jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah seperti jeruk mangga dan cermai Makan makanan fast food seperti KFC, Mc Donald dan PizzaHut kerana akan menambahkan hormon lelaki (prostegen) dlm badan Makan burger dan nugget Makan jambu batu Suami pula dikehendaki meminum susu kambing /susu lembu tepung fullcream atau susu segar. Kalau merokok perlu berhentikan tabiat ini. Si isteri juga perlu minum susu lembu sama ada dalam bentuk tepung fullcream atau susu segar. Dan adalah sangat digalakkan agar anda dapat mengamalkan amalan seperti dibawah ; Banyakkan menyebut nama ALLAH (Al-Musowwir).  

Khasiat Buah Pisang..

Image
Perhatian: Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang. Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian. Tekanan: Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusi...